Nak tahu pendapat sahaja
Bila kita bersalin,mane lebih elok kita berpantang, rumah mak kandung k atau rumah ibu mentua kita,cuma nok tahu pendapat sahaja, kerana kita Kene ikut cakap suami.

Mcm saya, saya prefer rumah mak sendiri sbb selesa. Husband pun ok, takde membantah. Memandangkan mak mertua saya pun dah berumur + ada sakit-2 lutut (setakat nak masak & uruskan diri sendiri masih boleh). Jadi saya tak nak membebankan & menyusahkan dia. Lagipun kalau dengan mak sendiri.. kita takde lah segan sangat 😅. Kat rumah mak pun ada adik beradik saya yg lain, boleh spend time lama sikit dengan dorang waktu berpantang maklum lah saya sorang je yg berjauhan dengan family. Lagipun mak abah saya yg offer nak jaga saya. Sis boleh berbincang dengan husband. Kalau sis rasa kat rumah mertua ok, berpantang je lah kat sana. Tapi kalau sis rasa nak berpantang rumah mak sendiri, bagithu je terus terang dekat husband. Kalau boleh, biar lah kita berpantang dalam keadaan yg tenang tak serabut tak stress yg paling penting kita rasa selesa dengan keadaan sekeliling sbb nak lalui proses berpantang ni bkan sehari dua tambah-2 kalau melibatkan emosi.
Baca lagi