Minum Air Gula

Biasanya minum air gula minggu ke berapa ye? Sy sekarang minggu ke 20, next check up minggu ke 23. Tp nurse kk takde cakap pape pun pasal nak kena minum air gula. Bukan ke nak minum air gula kena puasa dulu ke? Btw sy mengandung anak pertama.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, keperluan ujian bagi pemeriksaan paras gula dalam darah atau dipanggil MGTT atau OGTT yang juga lebih dikenali dengan minum air gula dalam kalangan ibu mengandung adalah bergantung kepada risiko ibu hamil itu untuk mendapat kencing manis ketika hamil. Risiko ini dinilai bedasarkan beberapa kriteria seperti umur ketika hamil, sejarah kencing manis dalam keluarga dan lain-lain. Jika risiko rendah, ibu hamil biasanya hanya perlu menjalani ujian ini sekali sahaja sepanjang kehamilan dan biasanya dilakukan pada 28 minggu usia kandungan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

nurse KK plne sye kne mnum air gula mase 33w nnti... xde masalh ke...

Klu xde mslh mmg awal2 xde minum air gula. Kalau 25thn ke bwh n xde mslh, lagi laa xyah minum air gula pn. Sy dh 25w tp blm minum air gula lg. Next check up pn nurse kata xyh minum. Tggu 8bln katanya.