Tidur tangan angkat ke atas
Betul ke baby tidur gaya tangan angkat ke atas bagi sign yang baby panas? Tengok video kat tiktok tapi tak tahu boleh percaya ke tak. Kot-kot baby memang suka tidur mcm tu? By the way rumah saya memang takde aircond jadi saya tak boleh nak experiment kalau baby tidur dalam aircond masih tangan angkat ke atas atau tak.. ada mommies yg perasan tak anak dia tidur macam mana?
Anak saya pun tidur tangan angkat ke atas sis. Baru 1 bulan 21 hari. Sy bedung dia tak nak lena tido sbb tangan tak boleh lepas ke atas. Anak sy lagi pelik dgn kepala pun senget ke atas sikit, ubah je terus bangun tak nak tido dah. So, saya biarkan je asalkan dia lena tido.
mungkin habit anak kot sis ... sebab anak saya pun tidur macam tu lah😂 tidur tangan kat atas .. kalau kita turun kan tangan dia nanti dia sedar angkat balik tangan dia lepastu sambung tidur . rumah saya aircond ... memang habit dia kalau tidur angkat tangan keatas.
ank sy pun mcm tu sis stiap kli tdr mesti tngan angkat keatas....mgkn jga dia kepanasan psl rmh sy klu mlm mmg panas wlaupn tingkap dah buka sikit...
Kadang tu boleh jadi habit anak semasa tidur. Macam anak saya kalau dia panas memang dia ngamok takkan lena nak tidur.
Tak silap saya itu adlh “surrender sleep position” boleh baca ni, https://daydaynews.cc/en/baby/amp/823993.html