Cuka bahya ke tak

Betol ke bhya cuka untuk ibu mengandung??? Dua pinggan mkn

Cuka bahya ke tak
19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Makanan bersifat tajam? Mereka yang ada masalah Gastro-esophageal reflux disease (GERD) akan kata makan nenas, cuka, lemon itu bersifat tajam. Mereka yang ada GERD akan rasa pedih di ulu hati sebab acid yang sepatutnya duduk di dalam perut berganjak semula ke atas ke dalam kerongkong dan menyebabkan keradangan pada lapisan dinding dalam kerongkong. GERD boleh berlaku sebab injap di antara kerongkong dan perut tidak ketat. Tugas injap ini (oesophageal sphincter) ialah membenarkan makanan dari kerongkong masuk ke dalam perut untuk proses penghadaman dengan acid di dalam perut. Di dalam perut memang ada banyak acid yang membantu enzyme penghadaman mencernakan makanan dengan lebih cepat. Apakah faktor yang menyebabkan GERD? 1) Obesiti. 2) Ada hernia atau kelemahan di bahagian otot diaphragm yang menyebabkan perut berada di kedudukan yang lebih tinggi dari biasa. Inilah hiatus hernia. 3) Kehamilan. Bila hamil, hormon kehamilan boleh menyebabkan injap oesophageal sphincter menjadi lemah atau tidak kejap semasa hamil. Jika anda sudah ada masalah GERD, apakah faktor yang menyebabkan masalah GERD menjadi lebih teruk? 1) Merokok 2) Minum alkohol 3) Makan berlebihan 4) Makan makanan yang berlemak dan bergoreng sebab ini boleh melambatkan gastric emptying (iaitu melambatkan masa kandungan di dalam perut ditolak buang ke dalam usus) dan perut penuh pada masa yang lebih lama. 5) Makan makanan berempah 6) Makan makanan beracid seperti buah nenas, lemon, cuka 7) Minuman bercaffeine 8)Makan sebelum tidur Sebab inilah mereka yang ada masalah GERD akan kata buah nenas itu bersifat tajam untuk diri mereka sendiri. Pada hakikatnya, orang sihat yang tiada masalah GERD boleh makan buah nenas tanpa apa-apa masalah, tak rasa pedih, dan tak rasa apa-apa sifat tajam. Pada hakikatnya, buah nenas yang ditelan itu masuk ke dalam perut dan dihadamkan dan dicernakan, kemudian molekul kecil asas yang dihasilkan oleh proses penghadaman akan diserap ke dalam saluran darah di dinding usus. Tak masuk ke dalam rahim pun. Organ penghadaman perut dan usus itu berlainan dari organ peranakan rahim dan tiada persambungan di antara perut dan rahim. Apa-apa makanan yang tidak dihadam dengan sempurna akan di tolak ke dalam usus besar dan keluar sebagai najis melalui dubur. Tak masuk dalam rahim pun. Buah nenas yang ditelan itu masuk ke dalam perut dan tak boleh masuk ke dalam rahim. Tidak ada apa-apa yang ‘bersifat tajam’ yang boleh masuk ke dalam rahim. Nenas itu hanya bersifat tajam kepada mereka yang ada masalah GERD, sebab mereka ada acid reflux ke kerongkong dan keradangan pada lapisan dinding kerongkong oleh acid dari perut menyebabkan rasa pedih. Rasa pedih itu ialah di bahagian bawah kerongkong, bukan di dalam rahim. Makanan yang ‘bersifat tajam’ itu bukan penyebab keguguran atau masalah haid. Itu Mitos saja. Untuk wanita hamil yang ada masalah GERD, cuba kurangkan faktor yang menyebabkan GERD menjadi lebih teruk seperti yang saya senaraikan di atas dan boleh minta ubat dari doktor di klinik untuk melegakan rasa pedih atau mengurangkan acid dalam perut. Ini ialah masalah yang sementara semasa kehamilan yang selalunya pulih sendiri selepas bersalin. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.

Baca lagi

Klau bolh elak,elak kn dri mkn bnda mcm tu berlebihan,bdan mmng lain2 tpi berjga2 kn lebih baik,sy msa awl mngndung suka mkn shushi org kta shushi ad cmpuran cuka,awl2 sy tk thu tpi lps dh thu sy trus kurngkn mkn,klau msa tk thu sy ambik berpingan2 shushi tpi bila dh thu sy ambik 3 shja shushi utk hilngkn rsa ngidam tu,bhya cuka berlebihan sbb kita tk nmpk dlm bdan kita mcm mne,hti2 bila mkn sesuatu,kwn sy bru mngndung mkn nenas trus ggur,dia tk thu dia mngndung n dia bedal je nenas,bila dpt thu trus ggur,xde rzki,klau bolh elak kita elakkn

Baca lagi

Saya baru lepas makan colek buah dgn cuka tiga hari lepas. Alhamdulillah so far xde benda pelik2 berlaku. Bt lepas ngidam sebelum bersalin. Asalkan makan bersederhana. Rasanya ok kot, sbb kalau bt colek. Kita guna dua tiga sudu je cuka. Yang lain ditambah gula garam semua tu kan. Apa apa pun, bersederhana. Sy skrg 37weeks. Bergantung kpd badan sis,kalau rasa xbest, baby jadi kurang gerak ke apa. Terus refer kk or hospital.

Baca lagi

apa2 benda pun kalau berlebihan akan jadi mudarat, sis. sis kan mengandung, makan sekadar aje lah. sampai 2 pinggan tu bukan mengidam dah kot😂 nanti perut sebu pulak dah jadi masalah lain. lg satu bila sis tanya "betul ke" tu maknanya sis dah tahu benda ni boleh jadi bahaya/tak. awat la dok balun jugak sampai 2 pinggan

Baca lagi
1y ago

klu xde pape, ok la kot.. bnde2 cmnie ikut bdn jgak.. ade yg ok, ade yg x

saya x pernah makan buah dgn cuka mcm ni. tak pernah nampak pon. biasa makan dengan kuah rojak yg hitam tu. sedap ke? mestilah sedap kot kan haha sebab dah makan 2 pinggan. anyway take care sis. makan secara berpada ya next time

Cuka mentah macamni bahaya sis. Kalau masuk dalam masakan kurang bahaya tapi lebih baik elakkan jika mengandung. Sebab takut kita jenis yang tak kuat

huhu sis berani letak cuka . kalau saya bt colek mcm ni saya letak air je tk letak cuka tkot . kalau bdan sis Rasa ok baby ok tk Ada masalah la kot

suka hati lah nak makan ape ii pun ...lagipun dah makan kan ...patutnyaa sebelum makan kena tanya ...ni dah balun smpai dua pinggan ...

1y ago

itula sy nk ckp.. tp takot kena kecam plk..😅.. kalau dia kata termakan xpe.. ni selamba ckp da makan 2 pinggan..then tnya kita balik xpe ke.. aduii...

TapFluencer

https://theasianparent.page.link/VFqwX9Pg6Too9C2A8 Apa-apa terdetik boleh tak makan, boleh tak minum, rujuk Nutrisi di apps ni

sy ade tnye jgk nurse dkt klinik desa sbb nak tau kan die ckp jgn mkn lagi sbb tkt jdi pape cuka nurse ckp tajam jgk..