Cuka bahya ke tak

Betol ke bhya cuka untuk ibu mengandung??? Dua pinggan mkn

Cuka bahya ke tak
18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Makanan bersifat tajam? Mereka yang ada masalah Gastro-esophageal reflux disease (GERD) akan kata makan nenas, cuka, lemon itu bersifat tajam. Mereka yang ada GERD akan rasa pedih di ulu hati sebab acid yang sepatutnya duduk di dalam perut berganjak semula ke atas ke dalam kerongkong dan menyebabkan keradangan pada lapisan dinding dalam kerongkong. GERD boleh berlaku sebab injap di antara kerongkong dan perut tidak ketat. Tugas injap ini (oesophageal sphincter) ialah membenarkan makanan dari kerongkong masuk ke dalam perut untuk proses penghadaman dengan acid di dalam perut. Di dalam perut memang ada banyak acid yang membantu enzyme penghadaman mencernakan makanan dengan lebih cepat. Apakah faktor yang menyebabkan GERD? 1) Obesiti. 2) Ada hernia atau kelemahan di bahagian otot diaphragm yang menyebabkan perut berada di kedudukan yang lebih tinggi dari biasa. Inilah hiatus hernia. 3) Kehamilan. Bila hamil, hormon kehamilan boleh menyebabkan injap oesophageal sphincter menjadi lemah atau tidak kejap semasa hamil. Jika anda sudah ada masalah GERD, apakah faktor yang menyebabkan masalah GERD menjadi lebih teruk? 1) Merokok 2) Minum alkohol 3) Makan berlebihan 4) Makan makanan yang berlemak dan bergoreng sebab ini boleh melambatkan gastric emptying (iaitu melambatkan masa kandungan di dalam perut ditolak buang ke dalam usus) dan perut penuh pada masa yang lebih lama. 5) Makan makanan berempah 6) Makan makanan beracid seperti buah nenas, lemon, cuka 7) Minuman bercaffeine 8)Makan sebelum tidur Sebab inilah mereka yang ada masalah GERD akan kata buah nenas itu bersifat tajam untuk diri mereka sendiri. Pada hakikatnya, orang sihat yang tiada masalah GERD boleh makan buah nenas tanpa apa-apa masalah, tak rasa pedih, dan tak rasa apa-apa sifat tajam. Pada hakikatnya, buah nenas yang ditelan itu masuk ke dalam perut dan dihadamkan dan dicernakan, kemudian molekul kecil asas yang dihasilkan oleh proses penghadaman akan diserap ke dalam saluran darah di dinding usus. Tak masuk ke dalam rahim pun. Organ penghadaman perut dan usus itu berlainan dari organ peranakan rahim dan tiada persambungan di antara perut dan rahim. Apa-apa makanan yang tidak dihadam dengan sempurna akan di tolak ke dalam usus besar dan keluar sebagai najis melalui dubur. Tak masuk dalam rahim pun. Buah nenas yang ditelan itu masuk ke dalam perut dan tak boleh masuk ke dalam rahim. Tidak ada apa-apa yang ‘bersifat tajam’ yang boleh masuk ke dalam rahim. Nenas itu hanya bersifat tajam kepada mereka yang ada masalah GERD, sebab mereka ada acid reflux ke kerongkong dan keradangan pada lapisan dinding kerongkong oleh acid dari perut menyebabkan rasa pedih. Rasa pedih itu ialah di bahagian bawah kerongkong, bukan di dalam rahim. Makanan yang ‘bersifat tajam’ itu bukan penyebab keguguran atau masalah haid. Itu Mitos saja. Untuk wanita hamil yang ada masalah GERD, cuba kurangkan faktor yang menyebabkan GERD menjadi lebih teruk seperti yang saya senaraikan di atas dan boleh minta ubat dari doktor di klinik untuk melegakan rasa pedih atau mengurangkan acid dalam perut. Ini ialah masalah yang sementara semasa kehamilan yang selalunya pulih sendiri selepas bersalin. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.

Baca lagi