KEPUTIHAN SEMASA HAMIL

Berlaku lelehen dari bahagian faraj ketika hamil boleh jadi perkara biasa namun jika ia mula mengundang rasa tidak selesa, cecair bertukar warna dan kegatalan mungkin boleh jadi signal jangkitan. CIRI-CIRI JANGKITAN: 1⃣ Kulat candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) 2️⃣ Kuman tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih) 3️⃣ Bakteria vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir). 4️⃣ Kuman chlamydia (jarang menyebabkan lelehan). 5️⃣ Kuman gardneralla (lelehan cair berbau busuk) TIPS: 1️⃣ Sentiasa memastikan bahagian intim dalam keadaan bersih dan kering. 2️⃣ Elakkan penggunaan pembersih yang mengganggu kestabilan pH atau menyebabkan kegatalan. 3️⃣ Gunakan pelapik seluar dalam pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin. 4️⃣ Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian intim. 5️⃣ Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor. 6️⃣ Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gulanya. 7️⃣ Berjumpa Doktor Credit : Klinik Siti

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

👍🏻👍🏻👍🏻