NYRA, Aplikasi Kesihatan Wanita Pertama Yang Kini Ada Dalam Bahasa Melayu!

Berita baik bagi para wanita, aplikasi kesihatan wanita, Nyra yang direka bentuk khas untuk wanita dari setiap peringkat umur kini bukan sahaja menawarkan maklumat dalam bahasa Inggeris dan Hindi, malah dalam Bahasa Melayu! Ketua Pegawai Eksekutif Adrit Raha, Vivant berkata, "Kesihatan wanita boleh menjadi subjek sensitif di Malaysia, Nyra diwujudkan bagi memperkasa wanita untuk memecahkan halangan yang sedia ada dan mengambil kawalan sepenuhnya terhadap setiap aspek kesihatan dan kesejahteraan kewanitaan mereka.” Nyra merupakan produk pertama yang akan dilancarkan oleh Vivant, sebuah syarikat kesihatan yang beroperasi di Mumbai. Aplikasi ini membolehkan wanita mengesan masa, kesuburan, ovulasi, mood, gaya hidup, aktiviti fizikal, dan kehamilan. Ia juga menawarkan nasihat kesihatan, kebersihan, dan info kesuburan, ovulasi, aktiviti fizikal dan diet wanita. Di samping itu, pengguna juga boleh berhubung terus dengan doktor di hujung jari mereka, untuk perbualan peribadi mengenai perkara-perkara kesihatan termasuk kesuburan, kontrasepsi, kesihatan seksual dan yang berkaitan. Wah! Pasti lebih mudah untuk mendapat maklumat dengan adanya kemudahan ini dalam Bahasa Melayu pula kan? Anda boleh muat turun Nyra di Apple Store dan Google Play sekarang!

NYRA, Aplikasi Kesihatan Wanita Pertama Yang Kini Ada Dalam Bahasa Melayu!
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Installed!!! Hehehehehehehs

VIP Member

Free x? 😁😁