GBS & pneumonia

Baru2 ni jumpa dr, dr cakap yang ada gbs+ boleh sebabkan anak hidap pneumonia bila bersalin normal. Ada yang kat sini gbs+ tapi anak tak kena pneumonia tak? Patutkah bersalin czer, risau pula 😔😢

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

GBS (Group B Streptococcus) adalah bakteria yang boleh ditemui dalam sistem pencernaan atau vagina wanita. Ia boleh membawa risiko kepada bayi yang baru lahir jika terdapat jangkitan semasa proses kelahiran. Walaupun GBS+ boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada bayi, tidak semua bayi akan mengalami pneumonia atau masalah lain. Perkara yang penting adalah untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan anda untuk memahami risiko khusus anda dan anak. Bersalin secara pembedahan (czer) mungkin menjadi pilihan jika risiko jangkitan adalah tinggi. Namun, setiap kes adalah berbeza dan keputusan terbaik sepatutnya diambil berdasarkan nasihat doktor yang memahami kes anda dengan lebih mendalam. Jika anda risau atau bimbang, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan yang sesuai dan jangan ragu untuk bertanya kepada doktor mengenai pilihan bersalin yang terbaik bagi situasi anda. Keselamatan anda dan bayi merupakan keutamaan utama. Semoga segala urusan dilancarkan dan berjalan dengan lancar. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Betul. Pneumonia ni salah satu risiko pada baby. Tapi selalunya kes begini bila si ibu tak sempat dapat antibiotic before labor. Sebab tu bila ada salah satu tanda bersalin, terus ke PAC. Tak perlu tunggu semua tanda turun baru nak pergi. Kena extra alert on air ketuban leaking/pecah. Sebab kantung ni yang protect baby. Bila kantung pecah atau bocor, risiko untuk kuman GBS masuk dalam kantung. As per my OBGYN's advice. Doktor awak tak explain thoroughly? Ada apa2 lagi tak yang doktor beritahu macam - What is your high risk/low risk? - What is the treatment for your GBS+ condition? - What is other alternative for you to prevent pneumonia affected your baby? *dan lain2 Atau doktor yang decided untuk csec terus? Saya GBS+ mom. Alhamdulillah bersalin normal dan anak tak kena tahan untuk pantauan. Kami discharged sama2.

Baca lagi

First pregnancy saya GBS+, dah on antibiotics tapi anak tetap kena pneumonia and kena tahan nicu seminggu. So second pregancy ni considering csec juga, tapi final decision akan buat lepas swab test nanti. Apa-apa pun, sentiasa bincang dengan doktor utk pilihan yg terbaik.

sye gbs+, baby lahir kne on antibiotik 5 hri (bkn sbb gbs), sbb result darah x cntek.. tp lps tu baby sihat ok je xde pneumonia..

TapFluencer

GBS+ boleh dapat antibiotic sejam sebelum bersalin untuk prevent baby dapat infection. tak perlu csec.

sy gbs positif.. anak sihat alhamdulillah.. tp lepas berapa hari brsalin sy yg kena pneumonia🥲

usually spital bagi rawatan antibiotik as soon as dh pecah air kalau ada GBS positive

Saya GBS+ dan anak pun dah meninggal sebabkan pneumonia.

Ikut juga. Ada yg kena ada yg tak. Risiko tetap ada