Adakah bayi kita kenal ibu kandung mereka walaupun duduk seharian dengan pengasuh?

Baru start kerja setelah cuti bersalin. Sekarang baby 3m dan kakak ipar tolong jaga semasa saya berkerja. Kakak ipar cakap anak saya tak meragam pun sepanjang saya tak ada. Tapi yang peliknya bila saya dan suami balik rumah dia asyik nagis. Sampai mak mertua dan kakak ipar cakap anak tak nak dengan kami dah šŸ„² betul ke ada kes macam ni. Anak tak kenal mak ayah sendiri. Sedih juga fikir.

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Tak juga Puan. šŸ˜… Dia ikut baby jugaa. Macam saya hantar juga ke Pengasuh waktu baby 2 bulan. Swasta cuti dua bulan jaa. Tapi makesure sebelum balik nak ambil anak tuu, kita mandi bersih bersih dulu, takut ada benda yang mengikut, tu pun boleh jadi punca anak taknak kat kita, sebab baby ni orang tua tua kata hijab dia terbuka sikit. šŸ˜… Lepas tu, sebelum nak pergi kerja, pesan kat baby awal awal kata kita pergi kerja, nanti petang umi abi ambil baby yaa. Selalu cakap macam tu, so nanti dia akan set mindset, ni bukan rumah aku. Lebih kurang macam tu lahh. And waktu kita ambil dia tuu, selalu ajak main sekali dengan anak, bagi dia kenal suara kita, bentuk muka kita, bau badan kita. InsyaAllah jarang menangis dah lepas tuu.

Baca lagi