Gula tinggi

Baru ni saya minum air gula & sangkut gula tinggi. Siapa tahu macam mana prosedur kena ambil 4 kali darah dalam sehari? Sampai bila kena amik darah 4 kali tu? Kalau tak puasa pemakanan macam mana sepanjang nak amik darah tu? Tolong saya 🙏🏻

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Cara bt BSP 4x sehari. Puasa mula Dari pkul 10 Malam sebelum bt BSP esoknya. Esoknya, pkul 8 pagi cek gula guna glucometer Tu. Catat atau ambik gambar. Lepas cek pkul 8 pagi, awak makan sarapan. 2 jam selepas sarapan, awak cek lagi gula guna alat Tu. Lepastu makan tengahari, cek lgi gula guna alat Tu selepas 2 jam makan tengahari. Then last sekali cek gula 2 jam selepas makan Malam. Bacaan BSP sebelum makan/ masa puasa tak blh lebih dari 5.3. Bacaan BSP selepas 2 jam makan, tak lebih dari 6.7. Kalau pertama Kali diagnosed gdm, first time bt BSP, Cuba bt kat kk tempat awak dulu. Lepastu, blh beli alat sendiri utk cek bsp kat rumah. Kalau rasa tak perlu, boleh aje ulang alik kk. Kalau nak beli alat glucometer tu, sy sarankan brand Gluconavii atau Accu check. Ini kebanyakan nurse dan farmasi yg sarankan. Sy pakai Gluconavii. Jgn beli brand yg murah kt shopee, bacaan gula jadi tak betul. Beli dekat farmasi terdekat je. Tak semstinya 2 brand ni aje. Brand lain pun boleh dipercayai kalau awak beli kat farmasi. Sy cadangkan 2 brand ni sbb senang cari kat farmasi. Itu saje hehe. Tapi awak kena tnya kk tempat awak dulu, boleh bt BSP sendiri ke tak. Sbb Ada setengah kk tak bagi kita bt sendiri sbb takut kita tipu bacaan. Mcm sy, kk tempat sy bagi bt BSP sendiri kat rumah. Biasanya BSP kena bt sehari sebelum checkup. Sbbnya nanti doktor akan review BSP. Utk pemakanan pulak, Cara sy, sy makan nasi satu senduk shj. Lauk tak kisah lauk apa. Minum air kosong / air limau kasturi kosong tanpa gula. Sbb ramai kata air limau akan membantu utk cantikkan bacaan gula kita. Elakkan minum air manis pada hari cek bsp tu. Macam sy, checkup sy setiap 2 minggu sekali sejak ada gdm ni. Jadi, 2 minggu sekali sy akan bt BSP tu sehari sebelum checkup. Sampai bila kena bt BSP ? sampai Kita nak bersalin. Kalau bacaan gula awak cantik, doktor akan suruh maintain dan cek 2 minggu sekali. Kalau bacaan tak cantik lebih dari tiga kali, mungkin doktor akan suruh on ubat. Nurse dan doktor pun akan terangkan benda yang sama dekat awak. Jgn risau. Dan pada hari cek bsp tak perlu puasa. Harap membantu mummy sedikit sebanyak iyaa. Sy first time mummy, jadi sy banyak belajar dari Dalam tiktok dan dengan nurse atau doktor kk sy.

Baca lagi
1y ago

Terima kasih banyak2 sangat details. Saya clueless bila nurse call kena amik darah 4x thank you awak

Nurse kk takda bagitahu ke cara2 untuk buat bsp macam mana and catat bacaan bsp dlm buku pink tu? Kalau awak gdm on diet, akan ada tarikh yg doctor tetapkan untuk buat bsp and review bsp dgn doc nnti. Biasanya 4x sehari. 1x sebelun sarapan, 1x after 2jam sarapan, 1x after 2jam lunch and 1x after 2jam dinner. And range bacaan pon ada dekat buku pink. Sebelum makan mesti bawah 5.3 after mkn selepas 2 jam bawah 6.7

Baca lagi
VIP Member

Sampai bersalin. Cuma bkn hari2 ambik darah tu..tgk level kencing manis..