Rasa nak bunuh diri

Baru lepas gaduh dengan husband pasal duit BPN . Betul ke dah masuk? Terasa juga diri nih macam di ambil kesempatan . Hsbnd saya kerja dengan mak dia so kira nya kerja sendiri atas family lah . Gaji adalah 1200. Saya tak bagi dia pakai duit BPN tuh . Dia cakap duit tuh duit bersama bukan untuk saya sorang . Sebelum nih saya kerja sekali dengan dia dekat kedai makan mak dia tulah kan . Duit mengasuh anak saya keluarkan , susu pampers anak saya keluarkan, beli barang dapur pun duit saya . Duit dia habis tak tahu buat apa . Siket pun kami tak boleh nak saving lagi walaupun 100 dalam bank . Gila papa kedana betul kami nih. Duit BPN sebelum nih pun habis dah pakai bayar duit pinjam along (saya tak tahu pasal dia buat pinjaman tahu pun last minit dia cakap terdesak nak pakai duit) . Dalam miskin miskin kami boleh dia pakai phone mahal Rog2 , boleh makan bugger hari hari tiap malam, boleh beli patung bodo onepeace dekat 100 ringget semua tuh . Saya nih kalau tak ada duit jangan cakap lah dekat husband pamper anak habis , susu anak habis semua tuh . Tadi dia marah saya dia cakap lepas nih duit dia duit dia , nak duit cari sendiri . Tuh husband sendiri cakap bukan pakwe . Meleleh air mata nih , gugur jantung saya . Rasa nak minum clorox je .

76 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis... Sabar ye demi anak. Jgn bunuh diri. Tak berbaloi bt cm tu utk org yg xtau menghargai. Skrg ni sis dah berapa minggu? Sabarlah sampai anak sis lahir. Kalau takde duit cuba buat bisnes online. Kalau sis takde modal sis jd dropship sahaja. Tak pakai modal. Keje sis cuma iklankan brg org. Bila ada org beli sis akan dpt komisen. Mungkin tak la byk. Tapi tetap ada sis. Tak perlu sis keluar rumah. Nti lps da bersalin mbe bole teruskan cara ni atau niaga cara lain. In sha Allah ada rezeki anak. Saya penah jd ibu tunggal 6 thn. Sy fhm keadaan sis mcm mna. Percaya pd perancangan Allah ye. Skrg Alhamdulillah hidup saya bahagia bersama org baru. Be strong ya

Baca lagi