Debaran kian terasa

baru balik jumpa pakar O&G td. dah dapat tarikh serah diri. sedar tak sedar tinggal 6 hari sahaja lagi nak berjumpa dengan si kecil saya, setelah 5 tahun penantian & sekali keguguran. Alhamdulillah segala puji bg Allah. sy nak minta doa rakan2 dalam ni utk sy diberi jalan mudah melahirkan (walaupun td doc ckp kalau belum ada tanda/rasa nk bersalin akan kena induced). minta doa ya semua. sy juga minta maaf andai pernah mengguris hati sesiapa sahaja di dlm ni. yg buruk sememangnya dari sy, yg baik sahaja dari Allah. moga kalian juga diberi kemudahan dlm apa jua perkara. terima kasih semua☺️🤍 p/s: nanti dah bersalin sy update (ceh mcm la ada yg nk tgk hehehehe)

33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

semoga sis selamat melahirkan dengan selamat dan sihat dan dikeluarkan dari kesukaran serta kesukaran ketika melahirkan.... doakan juga saya baru di fasa pertama dan pernah dua kali keguguran.. semoga sy diberi peluang menjadi ibu kepada bayi yang sihat...

3y ago

Alhamdulillah tahniah! jaga diri baik2 ya. ikut ckp doc & nurse tau hehe. terima kasih atas doanya. moga berbalik pada kamu juga🫶🏻