Hi mommies.boleh share tak any tips utk pregnant? Dah setahun lebih ttc. Mcm2 dah try buat.

Sedikit pengalaman sis. 1. Pergi cek masalah kesuburan, saya dapat tahu cyst+pcos selepas hampir 2 tahun kahwin. 2. Folic acid, 3,4 bulan sebelum pregnant saya amalkan brand appeton, sebelum tu saya Makan sunward, but untuk ikhtiar hamil better ambil appeton. 3. Saya minum susu efferty coklat dalam 8 box, serius cakap haid yang nak menghilang lepas 3 hari period lepas minum ni alhamdulillah normal ke 7,8 hari balik, minum celup2 jugak sebab mahal kan, huhuu 4. No fastfood, sy tak tinggalkan terus tapi dalm sebulan tu makan sekali dua je kalau nak sangat, sebelum tu seminggu 3,4 kali makan, nyesal 5. Makan nenas setiap hari start period hingga hari ke 15, dan kurangkan makan ayam, banyakkan makan ikan segar. 6. Yang ni sy x pernah share dengan org, masa kahwin ada org bagi hadiah maharani hai o, nak buang sayang jadi saya makan sebelum tahu pcos tu saya pernah makan sekotak ikut aturan ikhtiar hamil lekat tak lama gugur, kemudian saya makan lagi 2 kotak macam tu Alhamdulillah lekat lagi, maybe awk boleh ikhtiar juga. 7. Jangan stress, kunci utama, sentiasa positif Allah akan bagi bukan bila kita nak tapi bila kita dan suami dah bersedia. Saya doakan awak dan suami dikurniakan zuriat yang ada segala kebaikan kepadanya.
Baca lagi