Nak tanya sape ada pengalaman baby kena hernia.

Hai mmy. Nak share pengalaman anak first saya. Lepas dia dah baik dari prolonged jaundice. Masuk je usia 2bulan mcm tu terus pusat dia terjojol terkeluar. Mula tu dia mengerang tak henti-2 sampai merah-2 muka lepastu dia akan terkentut/terberak. Setiap masa akan mengerang. Kita yg tngok & dengar mmg rasa tak selesa rasa risau terganggu. Sbb ye lah kan, masa tu first baby mmg takut kalau jadi apa-2 dekat baby. Jadi kami suami isteri decide utk pergi hospital. And dr check apa semua, katanya baby kena hernia (dr ckp selalu baby boy yg bnyk kena angin pasang berbanding baby perempuan). Btw baby saya boy. Dr ckp punca pusat terjojol sbb usus baby tolak bila nak kentut/berak tambah pulakk baby belum pandai nak mengawal usus jadi sedikit sebanyak mmg akan buatkan pusat terjojol keluar. Lagi satu sbb organ dalaman baby belum betul-2 kuat sepenuhnya. Tapi dr ada bagi date appt utk jumpa pakar, katanya kot-2 pakar ada suggestion lebih baik. Jadi sementara tunggu date utk jumpa pakar, ada jgakk yg share tips & petua (antaranya letak duit syiling, guna salotip lah apa). Tapi mak saya tak bagi, katanya sian baby. Takut baby tak selesa walaupun dulu-2 petua tu menjadi. Mak saya ckp salah sorang adik saya pernah jadi mcm tu jgakk (adik saya girl), mak saya ckp nanti lama-2 dia masuk sendiri bila baby dah meniarap. Alhamdulilah bila anak saya dah meniarap, slow-2 pusat tu masuk ke dalam semula. Legaaaa sbb tak perlu operate atau apa. Huhu. And appt dengan pakar pun saya tak pergi sbb dah ok. Anak saya pun skrg dah 1tahun4bulan & skrg tngh preggy second baby :)
Baca lagianak saya hernia mse lps habis pantang dlu,amik masa 6 bulan jgk nak membaik mcm ii petua pakai dlu .smpai dua tiga kli kene repeat hospital doc nk tgk tkot sgt kene operate .petua yg paling mujarab pon letak duit syiling 50 sen lama sentiasa sbb sy tkot ap ii jdi sbb mengelembung mcm gitu alhamdulillah dlm umur 6 bulan slow ii dh surut n pusat dh msuk kedalam n skrg dh 3 thun pusat dy elok jee ke dalam
Baca lagi
boy ke girl..ank Sy girl pusat terjojol..tp alhamdulillah pusat dah masuk bile bb dah 2 bln lbh..aritu doc Kate kalau x ok kena operate.sy Cuba gune belt hernia.



