Nak tanya sape ada pengalaman baby kena hernia.

Hai mmy. Nak share pengalaman anak first saya. Lepas dia dah baik dari prolonged jaundice. Masuk je usia 2bulan mcm tu terus pusat dia terjojol terkeluar. Mula tu dia mengerang tak henti-2 sampai merah-2 muka lepastu dia akan terkentut/terberak. Setiap masa akan mengerang. Kita yg tngok & dengar mmg rasa tak selesa rasa risau terganggu. Sbb ye lah kan, masa tu first baby mmg takut kalau jadi apa-2 dekat baby. Jadi kami suami isteri decide utk pergi hospital. And dr check apa semua, katanya baby kena hernia (dr ckp selalu baby boy yg bnyk kena angin pasang berbanding baby perempuan). Btw baby saya boy. Dr ckp punca pusat terjojol sbb usus baby tolak bila nak kentut/berak tambah pulakk baby belum pandai nak mengawal usus jadi sedikit sebanyak mmg akan buatkan pusat terjojol keluar. Lagi satu sbb organ dalaman baby belum betul-2 kuat sepenuhnya. Tapi dr ada bagi date appt utk jumpa pakar, katanya kot-2 pakar ada suggestion lebih baik. Jadi sementara tunggu date utk jumpa pakar, ada jgakk yg share tips & petua (antaranya letak duit syiling, guna salotip lah apa). Tapi mak saya tak bagi, katanya sian baby. Takut baby tak selesa walaupun dulu-2 petua tu menjadi. Mak saya ckp salah sorang adik saya pernah jadi mcm tu jgakk (adik saya girl), mak saya ckp nanti lama-2 dia masuk sendiri bila baby dah meniarap. Alhamdulilah bila anak saya dah meniarap, slow-2 pusat tu masuk ke dalam semula. Legaaaa sbb tak perlu operate atau apa. Huhu. And appt dengan pakar pun saya tak pergi sbb dah ok. Anak saya pun skrg dah 1tahun4bulan & skrg tngh preggy second baby :)
Baca lagi


