A Stress Mom

Bagi saya ada anak atau tak, subur bukan lagi persoalannya. Tapi bersedia atau tidak kita nak menjadi ibu bapa. Bila dah ambil keputusan untuk berkahwin seterusnya untuk memiliki anak, fikir la masak-masak sama ada dah bersedia ke belum. Ataupun kenal dulu pasangan dalam masa setahun dan baru decide untuk ada anak atau tak. Kenapa setahun? Sebab kita bila bercinta memang takkan kenal pasangan kita selagi tak duduk serumah dan tidur sekatil. Saya pasti ramai yang faham. Ehh anak kan rezeki, tak baik kontrol2? Yes! Takda siapa nafikan tu rezeki tapi dek zaman sekarang ni tak sama macam dulu. Zaman sekarang teramat mencabar. Lately, ramai ibu2 post video stress, tertekan, mental dalam uruskan anak sambil anak meraung. If you nak rekod utk tunjuk kt husband you, its ok. But ni kat socmed. Mungkin ada yang tak serious mana tapi since budaya 'posting' ni dah menjadi trend, habis semua benda ditayangkan. Thats why saya cakap zaman sekarang mencabar mental dan emosi mostly people. Once you are married, please change and adapt. Hidup berkahwin is different compare when you are single. Kalau rasa susah nak hilang style bujang, dont you ever think about marriage. Kahwin is not about sex or hidup berteman saja, not at all. Its more than that. Bila dah ada anak, jangan semua serahkan tugas rumah dan anak kat isteri. Suami jangan ingat hulur duit, dah settle masalah. A bigg noo. Tolong uruskan sama2 kedua2 hal rumah dan anak. Anak menangis dan meragam please layan anak sama2. Each of you are actually will give different values of love to your kids when you guys trying to calming down your kids. I believe a STRESS MOM takkan wujud if husband not only being a husband but a father too.-ns

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Setuju... masa kelas antenatal, ketua jururawat wad bersalin ingatkan pada kami, nak ada anak ni kena bersedia jadi ibu bapa, ada ilmu. Praktis. Pernah dia hadapi di wad, ibu dah bersalin, tapi tak tau nak buat apa kat anak. Dukung tak, tukar diaper tak reti dll. Ingatan juga bagi yang nak berzina tu. Kot rezeki hamil, sebelum berzina, fikir perkara yg sama. So, JAUHI ZINA, tahan nafsu nak sedap2 tu dgn belajar agama, puasa bagai ,OK. That's why bila saya hamil, saya terus uninstall FB di HP sbb tak nak tekanan,tak nak -ve vibes. Saya ikuti ilmu kehamilan di TAPS, dan saya search di google/ youtube yg bersumber betul seperti Pa&Ma, KKM dll... tapi dah bersalin ni, satu ilmu yg saya tak ambil betul2 semasa hamil ialah penyusuan.. sekarang dah install fb kat hp nak follow group kelab susu ibu tp lupa password lak 😂 fb tengok kat laptop. tu pun jarang buka. So, follow perunding laktasi di IG, best ilmu baru dan buat kita lg happy breastfeeding. Sebelum tu sy refer pada kakak ipar yg full bf masa mula2 kena bengkak susu tu. Tiada ilmu penyusuan yg betul boleh jd stress ibu , bapa dan anak, oii.... serius ckp. Lagi stress drpd masalah semasa hamil (pengalaman sy la) Alhamdulillah, kami masih learning dan tengah harmonikan diri dgn kehidupan sbg ibu bapa. Suami isteri saling mengingati sentiasa syukur dan sabar dlm menempuh kehidupan sbg ibu bapa 🥰🤲🌻 mudahan Allah berkati

Baca lagi