Nor Azura Napuadbreastfeeding "cara suamkan susu"

Bagaimana cara anda menghangatkan susu? Adakah ia cara yang tepat? 1.Seperti yang kita tahu kebaikan susu ibu didalamnya terkandung zat hidup yang sangat baik untuk bayi dan hanya ada didalam susu ibu.Jadi cara suamkan susu juga perlulah tepat untuk menjaga dan mengekalkan zat-zat susu ibu ini. 2.Susu yang dipanaskan terlalu lama atau menggunakan suhu yang terlalu tinggi,lebih dikenali 'Susu Overheat',boleh mengurangkan Kadar Lemak dalam susu ibu.Disamping boleh mengurang atau memusnahkan zat-zat yang ada dalam susu ibu. Sayanglah kan?Sebab tu penting ya proses suamkan susu ini sebab kita nak kekalkan kebaikan susu ibu ini. 3.Suhu yang digalakkan untuk suamkan susu adalah 37-40°c.Dipercayai untuk meniru paras suhu tubuh manusia. 4.Susu ibu TIDAK BOLEH dihangatkan di dalam microwave.Ini kerana, i)Penggunaan microwave semasa menghangatkan susu membuatkan susu tidak disuamkan dengan sekata.Terdapat bahagian yang panas secara berlebihan,'hot spots',dan sebaliknya..Hot spot ni berisiko mengakibatkan lecur pada mulut bayi. ii)Mengawal suhu menggunakan microwave agak sukar dan boleh mengakibatkan Overheat berlaku. 5.Sebelum suamkan,susu perlulah dicairkan terlebih dahulu.Proses ini digalakkan dibuat secara perlahan bukan secara drastik.Jadi bagaimana caranya? i)Malam sebelum susu digunakan,susu dari frozen dikeluarkan mengikut sistem FIFO(First In First Out) ii)Lalukan dibawah air atau rendamkan susu didalam semangkuk air,kemudian masukkan ke bahagian chiller. iii)Jika menggunakan plastic storage,digalakkan untuk transfer susu ke dalam botol susu apabila susu sudah cair. iv)Suamkan susu menggunakan nisbah 1:2..1 bahagian air panas didih dicampurkan dengan 2 bahagian air paip.-Nisbah ini sangat bersesuaian dan anda akan dapat sekitar 37°c,nisbah yang disarankan untuk suamkan susu ibu. atau gunakan warmer yang banyak dijual di pasaran.Tapi ingat,jangan letak berlama-lama pula dalam warmer,overheat nanti. 6.Nak suamkan susu juga tak boleh guna air panas dari mesin air ya,sebab suhu air panas dari mesin air ni biasanya lebih dari 40°c.Memang akan overheatlah susu tu. Sebab ramai ibu kongsikan mereka guna air panas semata dari mesin air.Hasilnya,susu overheat. -Saya pernah cuba guna mesin air yang sedia ada di rumah.HQ bagitahu suhu air panas mereka sekitar 80°c,saya perlu dilute 1:5,5 bahagian air paip,baru dapat suhu 40°c.. Jadi nak guna juga,anda kena cuba sendiri..lain jenama dan model,lain ya suhu air panas mereka. 7.Kalau tak nak suamkan susu,boleh tak? Boleh saja,tiada masalah pun.Bergantung pada penerimaan baby tu sendiri. -Boleh keluarkan awal dalam 15-30minit sebelum waktu bayi minum untuk kurangkan sejuk. 8.Susu dah disuamkan bertahan hanya SEJAM saja selepas disuamkan.Kalau baby tak minum,kena buang. -Jadi suamkan apabila perlu dan kuantiti yang diperlukan sahaja ya. 9.Susu dah dicairkan TIDAK BOLEH DIBEKUKAN semula ya..Kena habiskan dalam tempoh 24 jam apabila dicairkan. -Kerana itu digalakkan simpan susu mengikut perfeed atau 2-3 kali feed ikut keperluan anak.Jadi cairkan,terus bahagi dan habiskan. 10.Pastinya cara menghangatkan susu bukan, ❌Campurkan susu dengan air panas ❌Masak susu atas dapur ❌Meletakkan susu dalam warmer berpanjangan ❌Rendam susu dalam air panas didih atau ❌Hangatkan ia dalam microwave Dan lain-lain. Harap perkongsian ini dapat memberi sedikit input buat ibu-ibu. Baca dahulu,ada soalan masih tak faham juga,boleh komen kat bawah ya. Nor Azura Pembimbing Penyusuan. #napuad #napuadbreastfeeding #1hari1postbf #lactavistchallenge #lactachallenge

Nor Azura Napuadbreastfeeding    "cara suamkan susu"
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tq.. Gud info