macam mana nak turun kan bsp(kencingmanis) ketika mengandung?
Bacaan bsp makin menaik,,ibu yg berpengalaman boleh share petua turun kan bacaan bsp?


Assalamualaikum..akk penah ada pengalaman macam ni...akk amalkan minum air sayur bendi setiap hari xkira masa. Ikuti petua air rendaman bendi Bahan-Bahan: 10-15 batang Kacang Bendi 1 liter Air Cara Penyediaannya: 1. Basuh Kacang Bendi dan potong kecil. 2. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air. 4. Simpan di dalam peti sejuk. 5. Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja. Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah. Semoga bermanfaat. Antara khasiat kacang bendi lain adalah seperti berikut: Mencuci hati. Menstabilkan kandungan gula dalam darah. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman. Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur. Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Semoga berjaya
Baca lagi


