Berus gigi baby 1 tahun

Hi, baby saya 1 tahun ada 6 batang gigi, yg ke7 otw tengah keluar. Macam mana nak berus gigi baby tanpa dia meronta ronta ye menangis menjerit ye? Saya guna yg finger silikon tu. Kalau baby tgah duduk, dia ok je saya berus sbb sambil2 tu dia gigit jari saya. Saya tak kisah asalkan boleh masuk mulut dia. Tapi bahagian depan gigi atas susah betul dia nk bgi chance kat saya gosok. Dia tutup bahagian tu dgn bibir dia taknak buka. Saya boleh gosok bahagian tu kalau daya kepit dia dgn kaki masa dia baring tu pun meraung mcm kena dera. Bahagian tu mcm dah ada kuning2 sikit. Mmg payah nak gosok kat situ. Nak tengok saja pun tak bagi. Boleh je nak hati batu dengar dia meraung gitu. Tapi deep down rasa kesian jugak, nak tenangkan dia lgi lepastu. Pastu nnti org kata saya kasar dgn baby.

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!