Hamil, Gugur atau Apa?
Asssalammualaikum ibu- ibu semua. Saya sedang keliru. Saya hamil 5 minggu lebih kalau ikutkan app. Setiap pagi saya celup upt test untuk double confirm dan lekatkan hasil hcg dalam buku diari ttc saya. Ingatkan kalau dah 8 minggu baru jumpa doktor untuk confirmation secara bertulis. Jadi apa yang berlaku, minggu ke 5 keluar darah brownish dan berlanjutan selama 3 4 hari, jadi saya jumpa doktor dan mereka buat scan rahim usg dan tvs ikut bawah. Selepas buat tvs perut saya sakit sangat dan keluar darah byk dan ada yang berketul2. Doktor kata ada luka di pangkal rahim. Saya down sangat. Kemudian mereka buat ujian air kencing. Masa ni saya tak minum apa2, air kencing tak dapat tadah dan sikit sangat entah dapat tak celup, kemudian result negatif walhal saya cek air kencing pagi semua positif. Jadi bila negatif, mereka declare saya menses bukan pregnant. Saya dah malas nak kata apa2 saya iyakan saja. Balik dari hospital, perut rasa senak yg amat dan sakit sgt bhagian yg kena masuk muncung itik. Jadi sekarang saya tak tahu nak buat apa. Tak ada ubat, tak ada advice dari doktor. Saya tunjuk rekod upt pun dia buat tak tahu. Entah saya mengandung atau tidak, gugur atau tidak, saya tak tahu. Saya tak pasti. Cek upt masih positif smp sekarang dan darah masih keluar walau tak banyak, sikit2. Saya tak tahu nak buat apa. Maaf jika luahan saya mengelirukan. #advicepls #ingintahu
Doakan saya mendapat zuriat yang soleh & solehah, cukup sifat dan sihat walafiat.