Nasihat semasa berpuasa

Assalamulaikum semua. Saya tengah pregnant anak pertama & sekarang kandungan 3 bulan 2 mnggu. Ramai yang tak galakkan utk berpuasa tapi ada yg bagitahu kalau tahan, boleh je puasa. So sekarang ni saya xpasti masa bila boleh tahan ke tak. Haha. Sbb kalau ikutkan saya boleh je tahan. Ada apa2 guideline atau nasihat tak? Risau jgk kalau saya je boleh tahan tapi baby xboleh tahan. Help me plsssss #1stimemom #bantusharing #pleasehelp

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Wa'alaikumussalam.. Boleh ja puasa.. Yang penting sis jaga makan.. Ambil makanan yang bernutrisi macam dari real food.. Makan sayur, buah, ayam, ikan, telur, sayur.. Ikutkan sebenarnya tak ganggu pun puasa kita masa mengandung cuma macam yg saya cakap la.. Cukupkan keperluan nutrisi yang nak disalurkan pada anak dalam rahim.. Yang penting kita usaha.. Saya ada dengar, kita ni xkenal lagi fisiologi masa mengandung kalau rasa berpuasa tu akan mengganggu janin.. Sepatutnya yang lebih dirisaukan apa yang disumbat untuk diberikan pada janin.. Sebab tu cari sumber makanan yang toyyib.. Jihad seorang ibu ketika puasa dan dalam masa yang sama hamil.. Cek balik diet ya.. Kita ni dah makan makanan yang baik atau belum.. Selamat berpuasa sis..

Baca lagi