Merintih.

Assalamualaikum. Merintih? Itulah apa yang saya alami saat ini. Merintih dengan Tuhan. Menangis dan terus berharap. Saya tunggu zuriat ni sudah lama. Keluarga saya, keluarga in law, the whole family was very happy about my pregnancy. Orang yang paling excited masa tu adalah suami saya. Bila dia tahu saya sudah hamil saat itu. Allah saja yang tahu bahawa gembiranya dia. Begitu menjaga saya sehingga satu saat, bila saya nak batuk pun dia terjaga usap belakang. Saya sakit belakang dia tak tidur jaga saya, urut belakang sampai saya tido. Suami jaga saya sepenuh hati dia. Semua persiapan saya dia sediakan. Tolong hamparkan sejadah utk solat sekali, masuk ofis lewat untuk temani saya checkup. Sayangnya. Dua tiga hari sebelum keguguran suami agak sibuk. Sampai balik lewat malam. Ofis dia ada pembukaan cawangan baru jadi dia kena stay up dekat ofis. Walaupun begitu, dia tak pernah miss tanya khabar saya. Call, wasap. Bila suami sibuk sangat, dia decide untuk hantar saya balik rumah my mom dalam 3 hari untuk ibu saya pantau kesihatan saya. Hari kedua saya duduk rumah ibu saya. Saya rasa sakit mula mencucuk di belakang, di bahagian punggung, di rahim dan mula rasa memulas. Saya tak hubungi suami sebab saya tahu dia sibuk dan saya tahu kalau saya hubungi dia, dia akan balik segera. Hari ketiga pagi, saya keluar dengan ibu untuk ke pasar beli barang barang basah. Masa di pasar, sakit nya Allah je yang tahu sampai saya tak boleh nak berjalan. Saya stop dan saya keep walking even tgh sakit. Selesai, saya pulang ke rumah. Letak barang2 dan saya rasa ada sesuatu yang keluar. Bila check, darah. Menggigil tangan saya masa tu. Saya panggil ibu saya, saya tunjuk darah tu. Darah segar, dan banyak. Ibu saya pegang saya, bawa ke bilik untuk rehat. Ibu segera call suami saya bagitahu saya mula bleeding. Dalam 30minit suami sampai terus masuk bilik tengok saya. Dia melulut di tepi katil dan menangis. Dia tak banyak tanya terus dia angkat saya bawa ke Klinik Swasta (Klinik An Nisa) sampai disana Doktor scan dan bagitahu hanya ada kantung saja. Baby sudah tidak kelihatan? doktor bagi masa 2 minggu untuk saya repeat scan semula. Tapi tak sampai 2 minggu sebab bleeding teruk + sakit lebih dari senggut + mencucuk tulang tulang belakang + sakit bahagian punggung. Suami cuti sehari dan bawa saya ditemani ibu ke klinik. Disana saya bagitahu nurse yang bertugas, saya mengalami bleeding sudah 5 hari. Mula lah nurse membebel manja dekat saya. Saya tahu nurse risau. Saya cerita dari A sampai Z. Masuk bilik Doktor, Doktor scan dan bagitahu saya kandungan sudah gugur. Incomplete Miscariage. Jadi Doktor tanya sama ada saya mahu refer ke Hospital terus atau tunggu kantung luruh sendiri. Saya kata saya nak tunggu kantung luruh dengan sendiri. Keluar bilik Doktor. Ibu, saya diam tidak mampu berkata apa apa. Suami masa tu dia selsema jadi dia tak masuk teman saya sebab bayi bayi dan kanak kanak ramai dalam blok ibu dan anak. Dia takut berjangkit pada bayi bayi lain jadi dia tunggu di luar. Dia nampak saya, terus dia tanya. Macam mana kandungan? Saya kata gugur. Hanya sepatah. GUGUR. Ibu diam, saya diam dan suami pun diam. Berjalan ke kereta semuanya diam. Sampai dirumah ibu saya, masuk bilik. Suami ikut dari belakang masa tu. Masuk dalam bilik saya palingkan tubuh dan wajah saya pada suami, suami sedia dari awal lagi tengok saya. Saya pergi padanya , saya peluk dan saya menangis sepuas puasnya dalam pelukan suami. Dia tenangkan saya. Dia usap belakang saya, dia cakap "Allah lebih sayangkan baby kita, bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah kita kena redha dengan segala ketentuannya. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Mana tahu Allah nak baby kembar nanti" dia pujuk saya macam tu. Saya mula berpantang tanpa bayi disisi. Sehingga ke harini saya masih lagi merintih kepada Allah agar kurnia kan zuriat. Jangan sulitkan urusan kami, permudahkan urusan kami seperti mana Allah permudahkan urusan ibu ibu lain. Tidak pernah walau sekali saya putus doa mengharapkan ada zuriat dalam rahim saat ini. Selepas gugur sebulan lepas, saya masih tidak period. Saya bagitahu suami, suami beli pregnancy test. Tapi satu line je naik. Tiap kali sy check, naik satu line mesti suami akan senyum tenang. Bila tak period lagi, saya mula risau takut masalah hormon tak stabil. Pagi tadi saya check sekali lagi, masih satu line. Saya letak atas meja solek. Suami nak bersiap pegi ofis, dia tertengok. Dia tanya saya "satu line syg?" saya kata "ya" dia jawab takpe nanti ada rezeki. Dia bagitahu saya nanti pegi klinik check. Doakan saya. Disini, ada yang senang lekat. Ada yang susah. Ada yang kena tunggu bertahun2. Ada yang kawin terus lekat. Walau apa pun, berdoalah. Bersyukurlah. Alhamdulillah saya juga dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik. Tak pernah persoal dan tanya tentang zuriat. Sangat menjaga hati. Saya pernah berdoa pada Allah. "Jika aku harus hamil dengan penuh kesakitan, alahan yang melampau, sakit demam selalu. Takpe ya Allah. Asalkan aku boleh melahirkan zuriat keturunanku. Benih suamiku" saya berdoa pada Allah dalam penuh tangisan. Jadi buat ibu ibu yang sedang hamil saat ini, lalui alahan. Jalani dengan sabar, syukur dan nikmati saat saat kehamilan ini. Sebab masa ni saja nikmat itu tercipta. Nikmat yang bukan semua wanita dalam dunia boleh merasai. Buat masa sekarang. Saya dan suami masih TTC. InsyaAllah doakan kami baik baik. Sama sama mendoakan ❤ P/s : kalau ada yang kata/kecam. Itu hak individu masing2. Tapi bagi kami yang terlalu impikan zuriat. Kehilangan bukan lah sesuatu yang mudah untuk diterima. Tapi kami sudah redha. Cuma sekadar kongsikan cerita. Ada masa saya rasa down. Saat itulah saya perlu meluah. Seperti sekarang? be positif and be open minded. Loves all❤

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Semoga tabah n sye doakn sis n suami merasa dapat ank masa terdekat ni Aamiin

InsyaAllah..rzeki sis n suami utk dptkn zuriat akn ada satu hari nti..Aminn