Kaki Bengkak Ketika Hamil 37 Minggu

Assalamualaikum..hai, kaki saya semakin membengkak ketika hamil 36 minggu..adakah ia bahaya & beri kesan kpd kandungan, apa yg perlu sya buat ya? ? Due date sya pd 04.02.2020..

Kaki Bengkak Ketika Hamil 37 Minggu
30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, bengkak kaki atau dipanggil edema adalah sesuatu gejala yang biasa berlaku ketika kehamilan terutamanya pada trimester terakhir. Bengkak ketika kehamilan adalah disebabkan oleh pengumpulan cecair pada tisu-tisu tubuh akibat isipadu darah yang lebih banyak ketika ini, daya graviti, dan saiz rahim yang semakin membesar menyebabkan cecair ini lebih banyak berkumpul di kaki. Keadaan ini adalah normal. Namun begitu, sekiranya anda mengalami bengkak yang berlebihan, disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kewujudan protein di dalam air kecing, ia boleh menandakan masalah yang lebih serius seperti masalah pre eclampsia. Oleh itu, jika anda mengalami bengkak keterlaluan dan membimbangkan, sila rujuk ke hospital dengan segera. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Trima ksih, doktor ats prkongsian maklumat & nasihat