Kaki Bengkak Ketika Hamil 37 Minggu
Assalamualaikum..hai, kaki saya semakin membengkak ketika hamil 36 minggu..adakah ia bahaya & beri kesan kpd kandungan, apa yg perlu sya buat ya? ? Due date sya pd 04.02.2020..
Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, bengkak kaki atau dipanggil edema adalah sesuatu gejala yang biasa berlaku ketika kehamilan terutamanya pada trimester terakhir. Bengkak ketika kehamilan adalah disebabkan oleh pengumpulan cecair pada tisu-tisu tubuh akibat isipadu darah yang lebih banyak ketika ini, daya graviti, dan saiz rahim yang semakin membesar menyebabkan cecair ini lebih banyak berkumpul di kaki. Keadaan ini adalah normal. Namun begitu, sekiranya anda mengalami bengkak yang berlebihan, disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kewujudan protein di dalam air kecing, ia boleh menandakan masalah yang lebih serius seperti masalah pre eclampsia. Oleh itu, jika anda mengalami bengkak keterlaluan dan membimbangkan, sila rujuk ke hospital dengan segera. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagiTak memberi kesan kpd bayi. Insya allah..sy dr anak pertama smpai anak ke 4 kaki bengkak mcm ni..tp alhamdulillah skrg pregnt anak ke5 kaki blm bengkak lg..now dh 32minggu..rasanya asbab tetiap malam suami akan urut dari lutut ke jari kl sy habiskan zikir harian saya..alhamdulillah..cuba lah suruh suami urut selalu ye..mungkin bila urut water retention n urat2 tu jd lancar kan..
Baca lagiSy start 27w start bengkak kaki.. sy ikut petua dlm apps ni, tiap kali kaki mula bengkak, sy cepat2 time tidur mlm tu, posisi kaki sy memang sy letak d atas bantal, kdg2 ambil ms 2 hari utk kaki mula kurang kembang.. tpi so far, tip tu bkesan smpai skrg.. skrg dh msk 31w
Sy pun dah start bengkam kaki 31w ari ni.. Sbb terlalu berjln.. Tp apa klo tngan sblh kanan dah mula kebas bngun tdur pula sis?? Tb2 hari ni dah kebas2 tngn😢😢
Nurse pesan kalau bengkak kaki tu tanda² pre eclampsia, atau boleh sawan. tp ada faktor lain jugak mcm high BP, heartburn & pening². So sis kena pantau jelah. kalau tak tahan sakit terus g emergency je. sbb bila kita sakit, bp boleh naik tiba². tu yg bahaya pada baby.
Nurse di klinik desa sy pesan, kalau nampak kaki start nk bengkak, cuba angkat kaki keatas. Angkat kaki selang seli dan cuba tahan dalam 5 saat. Repeat lah selagi mampu. Buat dgn kerap. Kalau penat atau semput, rehat. Dan sambung pd bila2 dah rasa okay.
Ada darah tinggi ke? Kakak ipar sy c-sec tahun lepas. Lps operation, kaki dia bengkak dan Dr suggest beli stokin khas. Ape benda nama tah.. Tp stokin tu boleh compress bengkak tu dan kaki jd normal. Cuba cari kt farmasi.
Tak membahayakn baby.. Insya Allah.. Sya prgnt ank petama pernah mengalaminya juga.. Siap naik bintik2 merah Gatal2 tu.. Ya Allah dugaan betol time tu.. Pregnt ank Ke 2&3 alhamdulilah xbengkak kaki.. Yg Ke 4 ni bru lg 18week++
Alhamdulillah, trima ksih sis..take care 🤗
sy dr 6bln da start bgkk..mgkn sbb byk bdiri n jln..tapak kaki pn skt.. selain dr urut n sapu myk angin sy akan rendam kn kaki dgn air suam n garam bukit setiap mlm.. tdo pki stokin..
Saya pun bengkak kaki macam ni start dari 37week ,skrg dh 38week kaki masih bengkak juga... doktor kata normal kaki bengkak bila trimester ke3, kalau tdo kena bagi tgi kan kaki.
Hahhahaha comel nampak kaki..... Diana alhamdulillah tak ada sembab... Cuma lepas bersalin czer automatically kaki bengkak nak dekat seminggu... Lepas tu surut
Hihihi..kaki boommmm
Sy dr 6 bulan lg kaki dah bengkak sis. Skrang ni tggu masa nak bersalin je. Hehe. Alhamdulillah semua ok. Tak ada masalah pun dgn kaki tu. InshaAllah..
Nurturer of 4 naughty son