2 Balas

samalah saya, saya strt kurang sbb saya tak bg df kat baby sbb haritu kuning and saya darah o takut saya punca baby kuning tak turun. so bg campur susu tetek sikit and susu fm . rasa menyesal pulak tak bg je df. and saya tak jaga jadual pam. macam macam milk booster da try kalau pam pun 1 oz kadang kadang tak sampai 1 oz.

Kalau betul mommy nak start baby df/milk booster. Mommies tambah ilmu penyusuan. Boleh follow ig @bestnyamenyusu dan lain2. Kat situ banyak ilmu tentang penyusuan kita boleh dapat. Actually normal kalau pam dapat dalam 0.5oz - 5oz. Bagi je baby df sampai dia sendiri lepaskan/puas. Kalau pam kena jaga jadual pam 2-4jam mesti kena pam.

awak just jaga pemakanan, jangan stress, kerapkan penyusuan. ada orang makan nasi pun dah jadi milk booster, makan durian, makan roti jagung, semua tu boleh jadi milk booster. paling senang, awak beli air kotak longan kurma merah jenama marigold.

Kalau baby tak df. Puan pam pun takpe sbb puan adalah epmom. Asalkan puan jaga jadual pam. Jangan sampai lebih 4jam. Puan boleh follow ig @bestnyamenyusu. Kita sama2 tambah ilmu penyusuan.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan