assalamualaikum.. sy sekarang mengandung 4w1d.. usia kandungan masih awal.. sebelum ni sy pernah mengalami keguguran berulang pd tahun 2021 dan tahun 2022.
semasa keguguran kali ke 2 doktor yg merawat sy pernah bgtahu lepas ni kalau pregnant lagi terus pegi klinik dan makan ubat kuat rahim sebab dah 2x gugur.
sy br balik dari klinik swasta utk pengesahan kehamilan. doktor kt sana bgthu kandungan masih awal lagi tak perlu makan ubat kuat rahim lagi.. dia kata ubat tu boleh start makan bila dah ada degupan jantung baby biasanya usia 8weeks..
sy cerita sejarah sy pernah gugur 2x dan doktor cakap awk nak makan boleh je cuma membazir la. sy dalam dilema sekarang nak makan ke x ubat kuat rahim duphaston tu. sebab sy dah trauma teruk dgn pengalaman 2x keguguran. 🥺
Ada x yg mcm sy? ada x mommies yg makan ubat duphaston masa kandungan masih 4 weeks? boleh share pengalaman korang?