Stress & Keliru
Assalamualaikum. Sy ingin tanya pendapat, kongsi kisah, dan kata kata semangat daripada semua. Anak sulung saya perempuan 7 bulan 21 hari. Dan hari ni sy cek upt +ve 3minggu.. Sememangnya sy sangatlah tak bersedia. Dgn keadaan anak yg masih kecil. Baru shj pandai duduk. Sy tak tahu mcm mana blh lekat. Sy PJJ dgn suami. Sy di Pahang bersma anak shj dan suami di Johor. Sy rasa taknk teruskan dgn kandungan dsbbkan semuanya atas sy kene urus rumah dan jaga anak sorg2 dgn kerja lagi... nikan pula tambah pregnant. Sy btl2 rasa kecewa. Jika sy tak teruskan masih boleh ke. Sbb masih awal 3mggu.
Saya mengandung anak kedua macam puan sekarang ni waktu anak pertama masih 7 bulan nak masuk 8 bulan. Check upt positive. Sekarang saya nak masuk 31w. Jujur saya cakap, kadang letih memang sangat letih sebab anak sulung tengah start melasak & masih fully breastfeeding (walaupun memang kami rancang untuk dapat anak no2 ni. Dah sedia mental & fizikal). Tapi mungkin rezeki saya juga ada suami disisi. Jadi dia yang bantu uruskan keluarga bila saya tak larat. Untuk soalan puan berkenaan taknak teruskan kandungan tu saya tak boleh nak jawab sebab dalam islam haram untuk kita gugurkan kandungan melainkan membahayakan kesihatan ibu. Jadi saya risau kalau saya cakap ya boleh gugurkan, saya dikira bersubahat. Saya rasa better puan dapatkan nasihat pakar berkenaan hal ni. Saya harap puan tabah ya. Doa banyakbanyak minta petunjuk & dipermudahkan urusan.
Baca lagiSalam sis. Sis jangan tanya di sini. kalau boleh tanya dengan pakar Puan. sama ada selamat ke tak untuk sis teruskan kandungan sis. Kalau boleh jumpa kaunselor juga. ya agama itu penting. tapi kalau 3 minggu, kandungan belum dikira bernyawa. Kesihatan mental SANGAT penting seiring dengan kesihatan fizikal. Jadi sis boleh jumpa seorang kaunselor dulu untuk tengok kesihatan mental sis. In Sha Allah. saya harap solusi yang baik. saya pun preggy Kali kedua. walaupun saya mengandung gape 4 tahun, tapi saya pun ada denial dengan kandungan saya. jadi saya memang jumpa doktor Dan kaunselor. Alhamdulillah, saya semakin menerima kandungan saya. sekarang dah 20 weeks. Cari pertolongan Dan pendapat di tempat yang dapat membantu sis, sebab mereka adalah pakar.
Baca lagisaranan sy baik puan pergi jumpa pakar puan/dr untuk bincang berkaitan ni. lebih lagi melibatkan mental dan fizikal. sbb yg rasa dan tanggung itu adalah puan. kalau puan minta pendapat kt sini berkaitan untuk lepaskan kandungan tu, mmg akan 90% kata jgn. tp hal yg sebaliknya,atas sbb dan faktor apa puan nk buat sedemikian hnyalah puan yg tahu. kesahihan niat betul atau tidak berdasarkan sbb2 yg puan bagitahu pun smua tu puan yg tahu. kami xduduk kt kasut puan. sy tak brani nk kata teruskan atau jgn. dan sy taknak sebarang ckp suruh brhenti kerja pergi duduk dgn suami. mcm sy ckp sbb tak tahu situasi sbenar puan mcm mana.. minta pendapat pakar sbb melibatkan mental dan fizikal.. tp kalaulah sy kt tmpt puan, first skali sy akan bincang dgn suami. sbb support dri suami main peranan penting. xstabil mcm mana pun emosi,kalau suami memahami,mungkin jawapan pada kekusutan tu ada..
Baca lagiWaalaikummussalam.. hi sis syg. MaasyaaAllah Tabarakallah Alhamdulillah tahniah utk kandungan kali kedua. Sy pernah berada dlm situasi mcm awak 5 tahun lepas. Anak sulung baru 7 bulan masih kecil dan pjj dengan suami. Suami tiap 3-6 bulan offshore masa tu. Semua memg kena urus sendiri. Tinggal jauh dari keluarga. Selepas sebulan suami outstation tiba2 period tak kunjung tiba. Check upt Positive. Terkejut mcm awk jgk sbb fikir pjj kan. Alhamdulillah sy terima semuanya rezeki Allah nak bagi. Sbb lama menanti nak dpt anak pertama dan ada journey ectopic pregnancy. Jadi saya harap sis tak terlalu kecewa dan ikut emosi perasan penat tu yea syg. Teruskan kandungan ni yea. Insyaa-Allah semua baik2 aje.
Baca lagiSama-sama kasih. Teruskan semangat yea! Sis eyda kuat. Bila happy n redha, baby dlm perut pun happy.😍
Awak sy masa anak sulung umo 5 bulan , sy pregnant lagi , sy happy je , walaupun iye memang akan ada stress , walaupun sy tak pjj dengan suami , tapi kerja suami sy bukan macam orang lain yg tiap malam ada dengan istri , tiap minggu ada dengan anak bini , alhamdulillah kita jaga , anak tu pembawa rezeki kan ☺️ sekarang anak sulung sy umo 2y4m dan anak kedua sy umo 1y2m , dan sekarang sy pregnant lagi jarak dekat , sekarang sy pjj dengan suami , alhmdulillah walaupun stress nak jaga yg kecil tu , tapi sy kuat kan demi anak dalam perut , itu semua rezeki yg ada setengah orang susah nak dapat ☺️
Baca lagisalam sis, saya mungkin bukan ditempat awak. tapi, saya just bagi pandangan. ramai yang dah bertahun kahwin tapi belum ada rezeki. cuba sis cari ibu yang nak ambil anak angkat. macam kisah mak saya dulu, dia tak mampu nak jaga adik saya yang kelima. sebab memang kami susah dulu. alhamdulillah ada orang tanggung adik saya dari dalam perut sampai lahir. kos rawatan semua dia tanggung. lepas adik saya lahir, dia ambil anak saya sebagai anak angkat. ada orang yang memang nak kan zuriat. sis try lah. sebab sis tahu kan hukum gugurkan kandungan. ini just pandangan saya, maaf kalau sis kecil hati.
Baca lagisetuju
waalaikumsalam sis. noooooo jangan gugurkan. its your rezeki. saya pun mengandung ketika umur anak 8 bulan. Allah ja tahu perasaan saya dengan suami dibuang kerja saya terpaksa berbisnes mencari rezeki buat anak² dan bantu suami. jangan gugurkan please you can do it. Allah bagi sebab awak mampu. ibarat awak tolak rezeki dan tak percaya diri yang awak kuat. jangan sis saya minta jangan. berdosa sis ingat Allah. banyakkan solat
Baca lagiPercayala sis.. Allah da susun cantik jalan kehidupan sis.. percya dgn rancangan Allah.. Allah nak bagi rezeki lagi tu.. sis perlu happy n tolak tepi pkirn negatif.. klw nurse pok pek pok pek buat tak layan je la sis.. nhe kan rezeki Allah .. siapa kita dpt menolak nya.. kena2 lagi rezeki bulan ramadhan.. alhamdulillah syukur nikmat.. byk lagi isteri2 luar sna yg ingin kn zuriat.. allah tahu sis kuat .. happy kan diri ya sis ❤️🥰
Baca lagiterima kasih atas kata nasihat puan.. ❤️
Jangan buat keputusan yang melulu ye sis , itu rezeki dari allah , amanah yang allah bagi pada sis , mungkin sy tak faham situasi sis sekarang , cuba sis tenangkan diri & fikirkan yang positif . tak semua org berpeluang mcm sis , ade org bertahun tunggu zuriat , cuba plan btol2 & fikirkan cara terbaik , gugurkan kandungan yang tk bersalah bukan jalan penyelesaian melainkan merisikokan diri .
Baca lagimakcik bawang sekalian ... she make a post maybe she need support . Suami jauh , anak masih kecil . sy faham situasi dy . and why not korang spread love n give her positive vibes ? tak perlu nak perli² . annoying weh ! kalau rasa hidup tu mcm bagus sgt , tak boleh cakap elok² diam . tak pon jgn campor orang ! sumpah annoying . org tengah down kau bole pulak nk sound² .emang dasar ya loh
Baca lagi
A mom with a cute baby boy