Beranak di HTJ Seremban

Assalamualaikum. Siapa ada pengalaman terkini beranak di HTJ Seremban. Ok tak? Mcmna SOPnya?

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Waalaikumussalam. Setakat prosedur April lepas, saya cek up di KK dan kena IOL pada minggu ke 37 . Dapat surat arahan masuk wad bersalin drpd KK. Pergi ke HTJ di khemah saringan di Bangunan Hospital Ibu dan Kanak2 HTJ pada 36 minggu 6 hari (seperti yg diarahkan). Buat saringan PCR C19, tunggu result, result -ve, baru dapat masuk ke PAC buat cek up urine, denyut jantung baby, tekanan darah . Lepas tu, tunggu... jumpa doktor utk scan dan cek laluan. lepas tu tunggu lagi untuk nurse panggil masuk wad. *Sementara tunggu result PCR, suami daftar di kaunter utk dptkan pelekat dan serahkan ke PAC. kita naik lif lain, beg hospital suami kena serah kat guard di lobby lif hospital. Masa di ambil 4 jam, itupun . Jam 8 sampai HTJ, Jam 12 baru dpt masuk wad. Bila kita nak ke LR (bukan emergency case), nurse minta kita call suami utk dtg temankan kita (jika suami nak teman). Suami bawa salinan sijil nikah, 2 C19 test kit (kot takut test batal, adalah spare) dan salinan IC. Buat c19 test depan nurse di khemah saringan, baru boleh masuk LR teman isteri. Ini dikira masuk yg pertama. Jika keluar drpd LR, lepas tu masuk LR, tu di kira masuk ke 2, dan tak boleh keluar lagi. Gitu. Wad bg 2 kali masuk je. Jangan lah bawa apa2 makanan / air di LR. Makan siap2 sebelum nak bersalin. Minum air secukupnya. LR hanya sediakan air kosong je utk minum. itu je lah nak kongsi.

Baca lagi
2y ago

awak induce apa? drip/ubat. week ke berapa kena induce? sbb sy pun kena iol jgk. nk rancang cuti dgn company.

TapFluencer

untuk ibu Pcr, nurse yg ambil dan dihantar ke lab hospital. Suami guna nasal dan saliva self test