Corak tidur anak 3 tahun

Assalamualaikum semuaa.. boleh share x corak tidur harian anak umur 3 tahun. Anak saya bangun pagi dalam jam 9 pagi paling lewat 11 pagi. Siang tak tidur langsung. Malam akan tidur jam 10-11 malam sampai ke pagi. Kalau tidur awal jam 8 malam dia akan bangun jam 11 malam kemudian jam 5 pagi baru dapat tidur semula dan bangun dalam jam 11 pagi-12tghri. Normal kah? Kalau ada yang perlu saya perbaiki mohon guide ya. Terima kasih.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

anak sis macam anak saya. sebab tu saya xkn bg dia tido dalam range pukul 7-9pm tu. nak tdo mesti 10-11pm. jadi kalo kata tkot dy ngntok sgt2 time mgrb tu bg je dy tdo ptg kjp dlm kul 3pm-5pm cmtu je. jd ada jarak pnjg ckit sblum dorang nk tdo time mlm tu. dorang punya tenaga mmg tggi time umo gini. jd xya bg tdo ptg pon xpe kalo dorang xmo tdo. bg je main puas2. mlm kul 10 bg tdo. tp kalo da gntok sgt tido awal, dorang terjga tgh mlm tu, ttup je lampu cm biasa ckp org semua nk tdo. xmo tdo g dduk luar sorang2. saya ugut gitu je. xkose nk lyn lelebih.

Baca lagi

kena ajar dr skrg untuk bangun seawal jam 6 pagi. sebab nanti dia dah sekolah, dia dh terbiasa bangun awal. nanti jam 11 pg, tidurkan dia semula. sampai jam 2 atau 3 ptg bru dia bangun. malam jam 10 dia mesti tidur balik. itu rutin anak saya. malam dah x buai. siang je buai sebab nk bg dia rest waktu zohor. setakat ni alhamdulillah anak saya ok. rewel sikit2 waktu bangun pagi tu biasa

Baca lagi