Buaian bayi

Assalamualaikum semua. Saya nak meluah dan bertanya. Anak saya baru 1bulan 18hari. Saya selalu tidurkan anak atas katil, kat bawah je. Bila saya nak mandi atau makan masa baby nangis saya minta mak jagakan. Mak saya takboleh tngok baby nangis. Terus dia masukkan baby dalam buaian. Saya bnyak kali melarang n kadang sampai saya buat muka masam pun mak tetap suka masukkan baby dalam buai. Sekarang baby nak tido dalam buaian je. Saya risau baby terkena 'shaking sindrom'. Takpe ke kalau baby tido buai. Saya sedih sangat.#seriusnanya #ingintahu #firstmom

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

sebenarnya kalau faham konsep buaian, takda dah post mcmni. maaf ya, baby takkan 'bergantung' pada buai. baby cuma nak sensasi ayunan mcm dlm rahim. lagi2 baru sebulan kan. dah 9 bulan ddk dlm rahim terbuai2 syok, tiba2 baring keras. mmg la nangis. tu first konsep yg ibu2 kena faham. kalau takut dgn buaian, puan boleh dodoi guna tgn, letak dlm kereta, tolak kt stroller. selagi dia ada pergerakan/terbuai, tenang lah baby. & kalau taknak baby menangis bila dia takda bau ibu dia, boleh ajar guna pacifier (puting kosong). jgn takut dgn paci. baby takkan jongang & inshallah takkan keliru puting. umur sebulan baby belum pandai self-soothing. so bg paci akan tenangkan baby sbb dari dlm perut pun baby dah hisap jari dia sendiri. baby takkan kena shaking syndrome hanya dgn buaian. kecuali awk buai bagai nak gila sampai baby terlambung2 lah. kalau guna pada speed normal, baby takkan ada masalah. jgn takut pada alat2 bantuan tidur baby, kena byk lg membaca/gali ilmu bila dah jadi ibu. jgn risau, kita semua pernah jadi first mom. & semua alat2 ni boleh di'cerai' dari baby bila masuk 4 bulan. baby sy sendiri dari dlm pantang pakai buai & paci, high demand baby, skrg dah 4 bulan lg suka tidur bawah & hisap jari dia sendiri. somehow baby akan grow out of those things. kdg kita nak ikut cara kita, tak boleh itu ini taknak bg itu ini takut bergantung sesaje tak boleh kemana2 susah nk kena usung buai tu semua but no. smlm raya haji ni sy bawak baby sy travel naik kereta dari Kedah-Johor balik rumah parents sy, dlm kereta sepanjang jalan tidur. bangun time susu sahaja & time berhenti R&R sbb sy tukar pampers dia. kt rumah my mom elok tidur kt mana2 sy letak. takda bawa buai ke apa yg lain. this is what happens bila kita faham yg buai tu alat utk bantu baby tidur sahaja. puan boleh tgk ig/fb baby language tu. byk sgt ilmu puan uswatun tu ajar. free je semua kan. so gunakan seeloknya. moga dipermudahkan.

Baca lagi
12mo ago

tq puan sudi komen, saya akan cari lagi ilmu parenting ni👍

Waalaikumussalam wbt.. kebanyakan org tua mcm tu sis.. mak sy pun camtu jgk tp sy ni jenis degil, keras kepala dan ht kering sikit. Anak sy hak sy dan suami utk corakkan. Tp mak sy kalau dia tgk sy biar anak menangis, dia yg tlg dodoi 🤣😂.. ok berbalik pd buaian td kan, bg sy semua bayi ada kehendak dan keunikan masing². Ragam baby dan environtment mereka terima adalah berlainan sis, kalau sis just nak luah dan mintak pendapat its ok cuma sis xleh expect semua baby sama sis.. anak sy jenis kalau dia nak tdo tu dia tdo. Kalau dia nak susu tu dia susu. Alhamdulillah dia xbyk ragam walaupun awal2 sy mcm sis la, xnak ajar anak tdo buai tp bila hantar pengasuh, dorg ajar anak tdo buai dan bg anak sy puting. Puting mmg sy tegur pengasuh sbb dia bg puting anak pengasuh lain,bila blk rumah anak sy kembung dan muntah sepanjang mlm. Alasan pengasuh sbb anak gigit jari dan dia kesian, sbb tu bg puting. So lps tu pengasuh xbg puting dh. Sy n suami awal2 mcm marah dan kecewa tp bila anak blh je blh tdo walau letak la kat mana2 pun bila kat rumah/blk kg, so sy n suami ok je la. Sy start guna buai yg kakak sy tinggalkan kat kg masa umur anak dah 3m+ pun, since pengasuh dh bg camtu kan tp bila angkat anak tdo biasa pun dia ok je. Buaian sy bg sehari sekali je kat kg tu sebagai "reward" la kat dia.. tp tula, lain anak lain cara sis.. kita blh bentuk ikut corak kita dan baby ni buat kita gali byk lg ilmu tentang cara nak besarkan mereka..

Baca lagi
12mo ago

tq sis ❤️

Ok je, tapi mesti dipantau. Anak2 sy x pakai buai. Tapi tengok anak2 buah lain diorang mmg tido buai. Ok je. No shaking syndrome and tanpa buaian pun masih mudah tido. Just don’t too rely on swing la. Maybe sebab terlalu bergantung tu yg buat baby manja nak berbuai. Now my latest baby jenis high demand. Semua benda x mahu. Just name it. Memang x mahu. Nak berdukung dan berdakap dgn saya sahaja. The struggle is real. Maybe sebab bkn baby first. He’s the 4th. So kita pun dah ada pengalaman jaga baby sebelum2 ni, tu makanya walau baby nangis kuat mana pun, telinga saya dah rasa lali and rasa normal 😅

Baca lagi
12mo ago

terima kasih sudi komen, lega sikit hati ni. ❤️

alhamdulillah 1st baby & 2nd baby sy xde mengalami shaking sindrom. both baby sy tido dlm buai elektrik dr dlm pantang. tido masa siang sahaja. sebab nak memudahkan sy atau mak sy nk buat kerja lain. kalau buai elektrik sy akan set kn pada level yg sesuai ikot umur baby sy. kalau rumah mil sy, sy akan hayun je. bila baby dh lelap sy biarkan tanpa hayunan pon. just bg kena kipas je. baby pon tido lebih lama anak2 buah sy pon semua tido buai dr dlm pntng. bila umur dh 2tahun dorang xnk tido buai dh. tp semua tido siang je la. mlm mmg ajar tido atas katil or tilam.

Baca lagi
12mo ago

tq sudi komen 👍

klu sy ms pantang memg elak tido buaian... tapi bila hantar ke pengasuh, dia memg suka letak anak asuhan kat buaian..so Sy just terima je yg penting dia jaga anak dgn baik. jgn cerewet... cuma niat je lah..time pengasuh je tido buaian, time kita jg..kita tidokan dia kat katil.. Allhamdullilah..2 anak Sy memg tido katil je klu bersama..klu dgn pengasuh tido buaian .jgn risau ye.. anak ni dia bole rasa bila dgn mak dia..dia xkan meragam tido katil.

Baca lagi
12mo ago

tq komen ❤️

sy punya pngalaman pulak,bby dua bln trus masuk buai..sb bby sy highneed satu,satu lg jnis ssh tdur bwk..mcm2 cara dah buat,dodoi,white noise..dan sbgnya,pnyudahnya beli buai,bby bru mau tdo lena..dan sy boleh buat kerja smntra bby tdo..dlu sy pun mcm sis,xnk ajar ank guna buai,last2 kena jgak🤣so sis jgn anggap buai tu sbg mslah..kdg buai tu pnyelesai masalah😂sis sbr ok..jgn rsau..tk ada ape2 yg pnting kena sntiasa pantau bby insya Allah bby ok🥰

Baca lagi

bab ni mmg ada berbeza pendapat. so terpulang pada awk nk follow yg mana selagi awk ok & baby pun ok so takda msalah. sleep prop ni sesuai utk baby 0-3 bln. utk lbih paham bleh follow page baby language. bab org tua tu,mmg majority mak2 zaman dlu mcm tu la. ada yg boleh terima ilmu baru,ada yg tolak mentah2 ilmu baru.. kena yg jenis ego mmg depa takmau dengar sikit pun teguran anak muda.

Baca lagi
12mo ago

hehe, terima kasih awak, insya Allah saya akan scroll page baby language ❤️

Kalau follow page baby language, buai ni salah satu alat / prop utk memudahkan bayi tidur. Tapi limit sampai 3 bulan je. Masuk bulan ke 4 kena cerai buai dah. Sy mula2 xnk bagi buai tapi bulan ke 3 tu surrender sbb baby susah sgt nak tidur. Tapi bulan ke 4 tak pakai buai dah sbb dia dah pandai meniarap. Skrg dah pandai tidur sendiri, bila meniarap lagi lena.

Baca lagi
12mo ago

tq sudi komen awak❤️ lega bila ada yg mcm saya juga..

Iya ada jenis orang tua tak boleh dgr baby menangis.. Kejap2 ditanya kenapa dengan baby.. Memby mak sis prihatin dgn sis.. Nak bagi buai atau tak terpulang pd sis.. Mcm sy tgk keadaan baby sebab ada baby perlukan 5s utk tidur.. Bole tgk page baby language kt fb utk info sis tentang buai.. Makin besar baby boleh dah cerai buai.. 😊

Baca lagi

boleh je guna buai sis shaking syndrome tu kalau buai macam nak naik bulan tu ya , baby suka hayunan anak saya dok dodoi bawah nah maknya tak larat dah , skarang saya masukkan dalam swing aman damai boleh buat kerja rumah , saya pun first mom takut nak bagi buai bagai end up letih ya dengan bf baby lagi taknak paci mengempeng 😁

Baca lagi
12mo ago

hehe kelakar la sis ni ☺️ baik sis tq infonya