Minum air gula

Hi Assalamualaikum semua ibu ibu yg pernah ada pengalaman minum air gula. Cuba korang share kt sini. Dapat minum air yg berperisa / yg plain? And rasa dia mcm mana. Huhuhu sbb saya kena minum air gula next week Doakan ye✨

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Plain dkt Kk…2x minum, yg first suam2 yg sec sejuk dh…okay je xde masalah pon mnum air gula, xseteruk yg diwar2kan..tp ats tekak msing2 jgk kot penerimaan…apapon kne standby mnyk angin n plstik tkut nk muntah..yg first mai pening dlm 5-10min cmtu ,rasa nk muntah tp blh tahan lgi..yg sec dtg pening halus2 tp xde rasa nk muntah..Alhamdulillah result xsangkut

Baca lagi

sy dpt yg plain .. sy rasa x de la teruk sgt rasa dia mcm yg org cerita . cuma nye sy minum tutup hidung dgn 2 kali teguk.. amik nafas pakai mulut . lepastu ok saja .. mula2 takut jgk lpas minum tu hm ok je . cuma jgn fikir nk muntah .. yg org sebelah sy dia minum pelan2 lepastu dia muntah .. ikut tips sy tutup hidung hehehhe

Baca lagi

Sy minum dekat swasta harga rm65 termasuk minum air gula, ambil darah sebelum dan selepas. Boleh pilih perisa oren/strawberri. Air tu sejuk. Ok je minum dlm bbrp minit sbb sedap mcm air gas. Pergi swasta sbb cousin nurse bgtau yg dkt kk air gula dia suam and pekat so takut muntah hahaha

Boleh try call misi atau klinik untuk tanya boleh ke sekiranya awak bawak air gula berperisa sendiri yang dibeli di farmasi. Kalau misi jawab okay, then just beli dan bawak semasa appointment. Sesetengah tempat dibenarkan.

Dekat kk saya dapat plain and still suam sebab baru bancuh. Plan utk minum semua sekali tapi sbb masih panas kena minum slow slow. Masa minum okay je tapi lepas minum tu agak pening 10-20 minutes, lepas tu ok je.

Baru td minum air gula . Minum skali teguk je sis . Kalau sikit2 stengah org akan muntah . Rasa dia sama air gula yg kita bncuh tu tapi versi satu gelas kena telan

kat KK dapat yang plain je, kena minum suam2. Ok je rasa dia, jangan fikir sangat tak boleh telan tu, tapi habiskan cepat2. jangan minum sikit2..

sya dpt perisa oren...rsa mcm minum air sunquick tpi pekat manis...sya minum 2kli tguk smbil tahan nafas...alhamdulillah tk rsa nk muntah

klo mcm sy mnum yg kk, tp x smpi 20 mnit mnth hbis.. letih ulng mnum air gula ni