Ttc 8 bulan

Assalamualaikum semua ? cuma nk berkongsi cerita atau lebih tepat meluah rasa. Usia perkahwinan saya baru 8 bulan. Dan sehingga sekarang saya masih ttc. Tapi pandangan dan tohmahan orang sekeliling adakala buat saya koyak juga. Walaupun saya sangat percaya berkat kesabaran tu, ganjaran nya sangat indah. Selepas kahwin period saya jadi tak menentu. Sepanjang 8 bulan berkahwin, baru 3 kali sy dtg period. Semalam ketika melawat rumah ayah angkat suami, isteri nya mengeluarkan kata² yg sangat tajam bg saya. Dia kata suami sy lembik. Kemudian die bertanya pada suami "zal dah berapa lama kahwin takde lg" suami jwb baru 8 bulan mkck. "8 bulan tu dah kira lama. Bawak bini kau ni berurut peranakan tak kuat ke apa. Kalau dah 8 bulan x pregnant mesti ade benda tak kena kt situ" saya diam walaupun hati bagai di jentik² sayu. Saya jawab mungkin ekonomi suami belum stabil sbb tu belum di bagi rezeki. Mkck tu ckp "ini takde kena mengena dgn rezeki awk tu kena berurut" allahuakbar. Kemudian mkck tu mempertikai kn pada mak mentua saya, lambat sangat dapat cucu sedang kn die da ade 4 cucu. Sy nampak muka mak mentua berubah. Sy tawu die juga terasa hati. Dalam perjalanan balik, dlm diam saya menangis. Menangis bukan lemah, tapi mencari kekuatan untuk kuat kan kembali semangat saya. Saya percaya allah dah susun cantik² perjalanan hidup saya. Bagi sy dgn suami x pernah putus asa. Bagi kami perkahwinan kami masih baru. Masih banyak ilmu rumah tangga kami kena belajar bersama. Cuma kadang² sikap positif kami bergoncang jua bila ada yg mengusik. Patut kah saya ikut ckp mkck tu untuk berurut? Setelah berurut boleh melancarkan hormon sy kembali ke? Apa kebaikan berurut? Masih terlalu awal untuk berurut atau sebenarnya dah di kira lambat? Atau sy teruskan minum air rebusan tradisonal untuk lancar kan haid. Sy lihat ramai pasangan yg baru dapat rezeki pregnant dkt sini. Doa kan saya dan suami juga ya ? Inshaallah. Allahuakbar.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Wasalam. Rezeki akan smpai bila msanya...kalau bukan anak, maybe Puan akan dpt rezeki lain dulu mcm rumah, naik gaji atau mungkin dpt durian runtuh ke apa. Sekarang mungkin tak nampak..mcm kwn sy berapa tahun dia nk baby kedua, tp lps dia dpt kerja n dpt pindah rumah, baru dia pregnant semula. Padahal kehamilan pertama dia bunting pelamin, so dia pelik kenapa nk dpt anak 2nd susah sgt. Semua tu rezeki dtg pada masanya. Biasalah makcik2 dulu dia pn bknnya bunting pelamin pun.dia dh lepas, kerja nk mengata org lain pula. ,😂

Baca lagi
4y ago

Mmg bila tgh TTC risau lebih sikit. Sy pun call mak, tgh bcakap topik lain tiba2 mak tnya awat lambat sgt! Terkujat tau. 😂 Rsnya tak lmbat pun huhu. Setahun sebulan baru pregnant.