Sakit kepala, loya, tak bermaya bila makan ubat new obimin

Assalamualaikum semua, ada tak yang macam saya, bila makan ubat new obimin yg KK bagi, saya jadi sakit kepala sgt sepanjang hari, sampai boleh jadi takde mood, tak bermaya langsung nk buat kerja. Rasa loya makin menjadi, padahal saya dah second trimester. Jadi saya ubah makan asid folic balik baru saya kembali ok. Ada sesiapa mcm saya? Apa perlu buat eh?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya masa first check up doc bagi zincofer, dia punya effect tu memang tak boleh bawa bincang. Lepastu minta doc tukar ubat dia bagi obimin, dia sarankan makan masa dah nak tidur and minum air sunquick. Memang takde effect after makan tu. Obimin ada rasa loya sikit tapi bila kena dengan air masam, hilang rasa loya tu.

Baca lagi
4y ago

Saya dah try makan waktu malam sebelum tidur, still jugak tk boleh. Jadi nurse tukar ubat lain sebab memang saya tk sesuai makan obimin tu.

kiranya sekarang awak makan asid folid sahaja ye? Dah tk mkn ubat dri kk ye.. Sbb saya pon stop zincofer sekarang, and teruskan asid folic sahaja.. Sbb saya akan muntah selepas mkn ubat dri kk juga.. Tak pasti sama ada okay atau pon tidak..

4y ago

saya bagithu nurse KK yg saya tk boleh makan obimin, so nurse ckp maksudnya memang saya tk sesuai makan obimin tu. Jadi nurse bagi ubat iron tablet, folic acid & vitamin b complex. Sampai sekarang saya dh masuk trimester 3 makan 3 ubat tu je. Alhamdulillah, dah 7 bulan, so far tkde apa.