Mintak pendapat ibu-ibu

Assalamualaikum & selamat pagi/tghari/ptg utk semua user AsianParents. Saya nak tanya anda semua sikit, sebelum buat keputusan akhir. Patut atau tidak saya berhenti kerja utk jaga baby 100% ? Nak hantar mengasuh agak kurang kepercayaan bila baca kes2 melampau yg makin menjadi-jadi sekarang. Nak hantar dkat mentua pun saya tak percaya jugak sbab takut ada ungkitan kemudian hari ( mentua jaga anak kak ipar dari kecik, bila budak tu dah besar mengata yg tak syok pasal mak cucunya iaitu anak mentua sendiri 🤣) klau dah anak sndri pun diungkit diumpat apa lagi menantu 🤭 satu lagi risau keselamatan baby sy sbb baby girl, maklumla haruan makan anak cucu pun makin menjadi dan ada sbb kukuh knpa sy ada rasa syak wasangka tu. Nak harap husband jaga pun susah jgak sbb niaga, sblum puasa dah penah try dah gilir jaga. Bila bwak pergi niaga agak susah bila baby takmau dduk diam, kdang nangis nak didukung. So,ingat nak teruskan niat berhenti kerja ( kerja dah 8 tahun tp gaji tak berganjak, tmpat lain 8 tahun mau naik tinggi dah. Multitask .majikan ok tp tula, jenis ambk kesempatan kerah pekerjA buat kerja luar job scope asal. Contoh klau kerja bhagian kewangan tp klau dia tau anda boleh buat kerja promosi, dia akan push buat kerja tu dlm masa yg sama kerja kewangan pun kena setel) . Maybe Just continue business sampingan dan tlg husband niaga. Harap rezeki menyebelahi keputusan ini. Saja je nak luah sikit 🤭🤭🤭

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Moga diluaskan rezeki mommy. Sukar nak harapkan orang lain kan macam-macam perlu fikir. Moga dipermudahkan urusan 💪🏼