Apa menu breakfast untuk ibu hamil?

Hi Assalamualaikum, saya nak tanya pada moms dekat luar sana... Apa yg selalu korang amik untuk breakfast? Saya sampai dah takda idea nak makan apa bila breakfast buntu😂and air pulak korang jenis minum air apa pagi2.. Saya ada masalah angin yg teruk, silap makan/minum angin banyak terkumpul.. #firstbaby #ingintahu

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sebab sy dlm pantauan BSP, saya amalkan diet no sugar dan less carbohidrat. Susu memang setiap hari sbb sy hb rendah jd NO CAFFEIN (kopi, teh, koko) Makan nasi/mihun tak melebihi 2 senduk tak membukit. Roti canai telur/ kosong. Roti wholemeal (mkn mcm tu atau bakar atau buat sandwic telur rebus letak sayur banyak2. Saya elakkan kuih deep frying, dan manis2 (ni sesuai utk saya utk kawal gula dlm darah dan sy perasan jika sy mkn kuih berminyak atau manis, loya datang balik, so saya elakkan makanan mcm ni) Ni hb drop dan berat pun turun, kena jumpa dietitian lagi bln depan for consultation.

Baca lagi