Air Muka Suami, JAGA!

Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya letih sebenarnya baca sana sini melibatkan hubungan suami isteri. Kisah rumahtangga tu tak hairan sebab setiap pasangan ada ujiannya, tapi ini berbeza. Anda sudah berumahtangga, sebagai isteri sepatutnya awak hormat suami, jaga aib suami, air muka suami. Jika suami anda baik, tetapi anda pula kurang ajar dengan orang keliling, suami anda dapat nama buruk. Orang akan kata "suami dia tak reti jaga bini ke?", "suami dia biarkan je ke bini mulut macam longkang?". Apa-apa tindakan/perkataan isteri, suami dapat nama buruk. Yang suami pun, jangan lah dibiarkan isteri tu. Bila orang dah nasihat, tegas pada isteri tu! Kamu tu lelaki, pemimpin! Kalau kamu biarkan isteri kamu bersikap kurang ajar dengan orang sekeliling, lama kelamaan akan menyebabkan nama kamu tercemar, tak pandai bimbing isteri. Isteri jaga sikit air muka suami, jangan rasa diri tu je betul. Bila suami nasihat dan tegur, terima! Telan semua tu, ubah perangai! Bukan nya melawan, tak tahu ke benda tu berdosa? Kenapa zaman sekarang, ramai isteri bersikap kurang ajar ye. Nak jadi pengikut dajal ke? Suami bimbing elok dah, kamu tu degil sangat. Masa bapa kamu didik kamu pernah tak kamu melawan? Kalau tak pernah, kenapa dengan suami perlu bersikap biadab? Kamu isteri nak bersikap kurang ajar dengan orang keliling, fikir nama suami kamu, nama keluarga kamu. Kamu tu hidup bukannya lahir tanpa ibu bapa, adik beradik. Ubah sikap, jangan biadab. Kasihan tengok suami ikut je kata isteri, jadi pak turut. Sedangkan suami lebih berkuasa dalam rumahtangga. Pesan ni pada kawan, keluarga dan diri sendiri. Jaga air muka suami.

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya setuju. Kita takkan nampak bijak bilamana kita mengaibkan suami dan mengajak orang lain untuk sama2 mengutuk keburukan suami sendiri. Saya pernah nampak satu posting sorang ibu ni dekat facebook dalam group breastfeeding. Dia cerita keburukan suami dan ibu mentua dia. Silap mak mentua dia cuma disebabkan suap makan pada anak dia usia 3bulan , dia ternampak semasa baru balik kerja,,dan waktu tu suami dia ada dalam rumah tu tapi buat tak nampak je mak dia suap anak dia makan. Tapi dalam keadaan posting marah2 dia, dia bagitau semua orang yg suami dia macam tak berguna sebab hanya kerja pemandu grab dan dia beritahu kepada umum yg semua keperluan anak dia dari pampers, susu, dan brg2 keperluan baby si ibu yg tanggung. Lepas tu berduyun2 komen mengutuk suami si ibu ni suruh kerja tetap lah, jangan asik harap isteri tanggung semua benda lah. Dan macam2 komen buruk untuk si suami tu. Sebenarnya dia nak marahkan mak mentua dia je tapi suami pun terkait sama sebabkan suami hanya kerja pemandu grab dan dia rasa dia menanggung semua benda. Mungkin dia rasa puas hati dapat posting pasal kelemahan suami dia dan orang2 kat luar sana yg tak kenal pun suami dia sama2 kondem suami dia dan dia rasa semua orang yg komen tu sedang berpihak pada dia sahaja.

Baca lagi
5y ago

Ramai wanita luar sana nak menang ke dia je tanpa kaji semula silap kat mana. Akhirnya aib suami terdedah macam tu je. Berdosa sekiranya dia merasakan penghinaan itu satu kemenangan untuk dia, sebab dia dedahkan perangai suami. Ye, tak semua suami faham tentang ilmu yang kita wanita ada. Apa salahnya kita yang ada sedikit ilmu ni kongsi pada suami, kan? Nampak dari cerita ni pun seperti dia tak suka suaminya kerja grab sedangkan kerja tu elok je.

Both sides, suami & isteri perlu saling menjaga tp pd mse yg sme klu ad yg berlaku x adil, ditindas prlu disuarakan. Mslh2 kcil boleh bncg n uruskn sndri, tp mlg skli, bnd tu hnya boleh jd klu communication ad.

5y ago

Jelas sekali, tetapi acap kali saya nampak kes isteri pergunakan suami. Suami elok sahaja, diam sahaja. Tapi isteri naik taring dan tanduk, makin ditegur makin melampau. Begitu juga sebaliknya.

tkpe sis. sbb tu jgn letak nama sbenar atau muka. sinilah tmpt nk rujuk utk perkara2 yg sulit.

5y ago

Hihihi, dalam ni kira masihboleh jadi anon. Kalau medsos lain, open. Tapi tu lah, dalam ni masih ada yang buh profile picture dengan suami tapi tanya soalan gitu.

Mmg kne jaga. Dh tu ble ade org wat prangai camne kite dok naik hantu.

5y ago

Iye betul. Ada masa kita boleh sabar, ada masa naik hantu. Dalam Islam pun sudah diberi teguran tentang menjaga aib pasangan walaupun dia pembunuh. Itu urusan Allah untuk menjatuhkan hukum. Kalau kita rasa perlukan teman bercerita, boleh cari teman yang setia. Sekarang ni pun ada platform/aplikasi (contoh dalam ni) untuk luahkan perasaan, tapi sorok nama. Sekurangnya tak siapa tahu kita ni siapa dan siapa suaminya. Betul tak?

👍👍

Setuju

👍

VIP Member

👍