Sedih Dan Bahagia
Assalamualaikum Mommy semua, semoga ada dalam lindungan Allah Subhanahu wa ta'ala. Alhamdulillah saya semalam telah selamat melahirkan baby girl, tapi baby dalam keadaan lemah dan dokter syak baby ada tanda down syndrome jg jantung dia ada berlubang sedikit, mungkin Mommy's disini ada yang mempunyai pengalaman serupa diatas boleh share dgn saya,saya harap mommy2 kat sini sudilah kiranya memberi kata2 semangat buat saya supaya redho dan kuat dgn ujian ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan2 Mommy semua.