24 Balas

Waalaikumussalam. Terima kasih kerana berkongsi masalah dengan kami. Ruam pada area pelipat leher memang boleh menjadi sangat mengganggu, terutama apabila ia makin teruk. Anda sudah mencuba beberapa langkah yang baik seperti menggunakan drapolene dan tepung ubi. Namun, jika ruam masih belum hilang dan malah makin teruk, mungkin anda perlu mencuba kaedah lain. Pertama sekali, pastikan untuk menjaga kebersihan area tersebut dengan membersihkannya secara lembut setiap hari. Gunakan air suam dan sapu dengan lembut tanpa menggosok secara kasar. Kemudian, pastikan kulit benar-benar kering sebelum memakai pakaian. Selain itu, cuba gunakan krim yang mengandungi zinc oxide, iaitu bahan yang baik untuk merawat ruam pada kulit. Anda juga boleh mencuba menggunakan bedak bayi yang mengandungi zinc oxide untuk membantu mengurangkan ruam. Jika ruam masih tidak hilang, saya syorkan anda untuk mendapatkan pendapat daripada doktor. Doktor mungkin akan merujuk anda kepada pakar kulit untuk diagnosis yang lebih tepat dan rawatan yang sesuai. Saya faham betapa sukarnya melihat si manja mengalami ruam yang teruk. Semoga nasihat ini dapat membantu anda mengatasi masalah ruam pada leher dan seluruh badan si manja. Semoga si manja cepat sembuh dan pulih kembali. Teruskan usaha anda, Allah pasti akan membantu. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin. https://invl.io/cll6sd8

TapFluencer

Bagi saya untuk newborn, tak perlu guna sabun/ apa2 krim bila kulit macam ni. Pakaian baju berlubang tu. Boleh jadi sebab ruam panas / tak sesuai dgn sabun mandi/ sabun pakaian. Mandikan anak dgn air bersih. Boleh jugak mandi kan dgn air bancuh dgn minyak zaitun / minyak kelapa Dara. Guna minyak yg boleh makan, so, tak was 2-was samada selamat atau tidak. Lepas mandi lap secara gentle bahagian ruam tu. Kulit kena ruam tu sensitif. Pastikan pengudaraan baik di tempat baby berada.

baby saya pun ada ruam mcm ni... teruk muka dan leher dia kena ruam saya guna ni sapu kat tmpt ruam tu lps tu sya mandikan baby dgn air rebusan buah kundur sbb buah kundur bole hilangkan panas kat dlm badan untuk yg nak kurang kan kuning baby pun bole mandikan dgn air rebusan kundur cpt je kuning baby turun... jgn bagi baby mandi air suam bagi mandi air biasa je sbb yg suam2 ni buatkan ruam tu merah2 dan makin bnyk..

yee.. sapu kat ruam😊

Beli sabun neem kat kedai. Nsk pun ada. Dalam rm2.50 kot seketul. Masa mandi gosok kat tangan lepas tu gosok kat badan dia especially tempt rashes tu then bilas bersih2. Kalau boleh pakaikan face cream mustela kat muka dia

puan or suami ada alahan apa²? kalau anak sy alah telur, sy fully bf anak sy. bila sy stop mkn telur baru membaik ruam2 anak sy. dan anak sy lagi terukkkkk dr ni sbb lambat detect punca ruam dia

sama2.. nk tunjuk gambar pn gambar ada dlm fon lain xleh nk tunjuk.. tp blh kata selamat sabar mencari jalan nk ubat anak 😆 sebelum try apa2 consult la doktor dulu ya, jgn main sapu je

Sis bole cuba jenama bzu² yg jenis bedak dia bukan talc tapi tepung.. anak saya kena ruam sejak pakai tu hilang ruam.. mandi pun skrg guna jenama bzu² n lotion sekali kulit ank bebas ruam n lembut

try mandikan anak dgn air rebusan daun peria.. dpt daun peria katak lg bagus.. mula nya sy mcm xpcya.. dah try n mmg bkesan dgn izin allah lps brp hari trus licin kulit anak sy

sama anak sy cpt berpeluh. Alhamdulillah trma ksih kongsi ilmu

anak sye dari anak first sampai second since newborn sye pakai kan magic jelly baby brand LoveraMalaysia.. bahan dia dari tumbuh tumbuhan , halal selamat dan mmg sesuai utk newborn

dalam 3-4 hari ..depends.. sye lepas mandi kan anak je sapu..

kalau sy dri awl baby lahir guna johnson top to toe baby bath...sbb mak sy bgitau dia guna dekat adik sy dulu mmg xde jadi ruam..n baby sy pon mmg okey xde naik ruam..

trma ksih

Awak cuba pakai organic virgin coconut oil. Anak saya teruk ruam kat muka now dah okay dah. Not fully recover lagi but much better

Online pun boleh. Mcm saya beli kat farmasi

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan