air kelapa

Hi assalamualaikum. Kalau kita pregnant trimester pertama boleh minum air kelapa ke atau tak boleh minum? Tq mommies

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya baru 9 weeks . Tak selalu minum . Minum yang segar dari pokok . Alhamdulillah kandungan saya setakat nih okay . Ramai jugak orang kata tak boleh minum air kelapa . Tapi bila saya buat research ternyata banyak khasiat dari keburukan . Ikut masing2 . Doktor pun kata takda halangan minum cuma perlu berpada jangan la minum sampai 2 biji sekali jalan . Hehehe . Bila minum berlebihan yang mendatangkan kebaikan pun boleh memudaratkan .

Baca lagi

Semua mitos. Kesian mommies yang tak tahu. Doctor sendiri gelak kan bila saya tanya nenas dan air kelapa tak elok untuk awal pregnancy. Padahal banyak khasiatnya untuk preggers 1st trimester sampai 3rd trimester.

Ibu mntua sya dgn mk sya x bgi minum masa trismister1 ,sebb kandungan blum kuat lagi... Trismister2,mk ckp boleh tapi cikit je kuantiti jgn berlebihan,tapi ikut pada antibody kita sis...

VIP Member

Saya trimester pertama walaupun teringin, saya terpaksa tahan sbb takut kandungan tak kuat. Lepas 5 bulan keatas baru saya cari air kelapa. Dapat minum air kelapa pun time 6 bulan hihihi

Saya pun minum sis. Sampai trimester ketiga. Tapi ada yg kata tak leh minum. So far utk saya ok je. Badan rasa segar dan bertenaga.

Rasanya utk trimester pertama tak elok minum air kelapa sis. Kalau rahim tak kuat boleh keguguran nnt. Sabar ya. Ujian time kehamilan tu

Saya minum je. Yg fresh punya lah. Masa beli mintak tak mau gula & ais. Beli 2 biji pulak tu tamak. Haha sedapnyaaaaa

Jgn percaya pada mitos..😁 Takde masalah kalau nak minum... Jgn pulak minum smpai lupa diri... Itu salah...😀

Sy minum dari trimester pertama sis.. Skg sy tinggal tunggu hari nak bersalin lagi.. Masi minum air kelapa 😁

Sy minum air kelapa dri trimester pertama now dh trimester ke3 alhamdulillah xde ape ape