Cara berdamai dengan takdir

Assalamualaikum ibu² semua, saya baru sahaja gugur 5 minggu lepas. Kesedihan masih tersisa, setahun lebih saya tunggu untuk dpt kan anak pertama. Alhamdulillah, hanya diberikan rezeki 7 minggu merasainya. Saya masih mengharapkan saya cepat dan mudah mengandung kembali. Setelah gugur, period saya belum datang lagi.. upt pun negative. Masa gugur haritu doctor ada suspect saya pcos, tp belum confirm sbb kena lalui beberapa test dahulu. Saya down sgt. Nak tahu ada tak ibu yg mengalami seperti saya dan berjaya hamil?

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman saya keguguran sebelum ni 2x dalam setahun. Awal tahun dan hujung tahun masa 2018. Memang sedih bagi orang pernah merasa dan sedang mengharapkan zuriat pertama. Tapi bila terlalu fikirkan, saya jadi stress, duduk bergelap dalam rumah sorg2. Sampai satu masa saya rasa saya kena keluar dan berdamai dengan takdir. Mesti ada hikmah segala yang terjadi. Saya buat perkara yang buat saya happy dan penuhkan masa lapang saya. Syukur sangat bila kurang fikir pasal keguguran yg lepas, dan minta orang doakan selalu, lepas 3 tahun kahwin saya dapat melahirkan baby first 🤲 saya percaya rezeki sis akan sampai juga satu hari nanti. Semoga dipermudahkan ye.

Baca lagi