Susu formula

Assalamualaikum ibu2 sekalian, Saya cuma nak luahkan sejak 2 minggu ni agak tertekan dengan desakan keluarga saya. Saya baru bersalin sebulan yang lalu, selepas saya selesai bersalin selang 5 jam macam tu saya di tolak semula ke ot untuk emergency operation remove batolian cyst yang membengkak di kemaluan saya. Jadi saya on antibiotik sampai la hari ke 15. Saya takdapat nak menyusukan anak dgn susu badan. Jadi mil saya belikan susu formula sbb kesian dengan bby. Selepas tu saya berpantang di rumah keluarga saya. Baby Masih teruskan susu formula, campur susu badan saya sikit2. Sejak sebulan ni, mak saya bising2 baby tk tembam mcm baby org lain, tak gemok mcm baby org len. Dia salahkan saya tak bagi susu badan, saya dh jelaskan semua tapi saya masih disalahkan. Sedangkan baby saya sihat alhamdulillah. Cuma awal2 tu hari2 berak sejak dh sebulan berak jadi 2-3 hari sekali. Saya guna susu formula s26 gold. Doktor ada call yang sampel cyst saya akan dihantar ke makmal untuk tgok sel kanser, dan minta saya follow up di hosp. Sedih sangat saya rasa, ibu2 perlu ka saya tukar susu formula lain atau teruskan saja yg sekarang walaupon anak saya berak 2-3 hari sekali, najis tk keras pon. #seriusnanya #firstbaby #ingintahu #bantusharing #bantusharing

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

baby kurus tak semestinya tak cukup susu..kalau baby da serasi dgn susu bagi je susu tu..klau nanti timbang berat baby x okay bru risau..selagi baby cukup susu, pampers basah, berak dan sihat..ibu tak perlu risau..

1y ago

setuju cakap sis ni❤️

Bukan senang nak cari susu yg serasi. Better teruskan je dgn susu tu melainkan graf berat anak tk cantik. Mintak pendapat nurse time checkup nnti.