Bayi minum sufor

Assalamualaikum ibu2 sekalian, Saya cuma nak luahkan sejak 2 minggu ni agak tertekan dengan desakan keluarga saya. Saya baru bersalin sebulan yang lalu, selepas saya selesai bersalin selang 5 jam macam tu saya di tolak semula ke ot untuk emergency operation remove batolian cyst yang membengkak di kemaluan saya. Jadi saya on antibiotik sampai la hari ke 15. Saya takdapat nak menyusukan anak dgn susu badan. Jadi mil saya belikan susu formula sbb kesian dengan bby. Selepas tu saya berpantang di rumah keluarga saya. Baby Masih teruskan susu formula, campur susu badan saya sikit2. Sejak sebulan ni, mak saya bising2 baby tk tembam mcm baby org lain, tak gemok mcm baby org len. Dia salahkan saya tak bagi susu badan, saya dh jelaskan semua tapi saya masih disalahkan. Sedangkan baby saya sihat alhamdulillah. Cuma awal2 tu hari2 berak sejak dh sebulan berak jadi 2-3 hari sekali. Saya guna susu formula s26 gold. Doktor ada call yang sampel cyst saya akan dihantar ke makmal untuk tgok sel kanser, dan minta saya follow up di hosp. Sedih sangat saya rasa, ibu2 perlu ka saya tukar susu formula lain atau teruskan saja yg sekarang walaupon anak saya berak 2-3 hari sekali, najis tk keras pon. #seriusnanya #firstbaby #ingintahu #bantusharing

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tak perlu. tak usah dgr apa org lain kata asalkan nampak anak tu sihat, menyusu elok, membuang dan kencing normal. kurus ke tembam ke takyah banding dgn anak orang. tu anak kita. checkup nnt boleh tgk perkembangan dia naik ke tak. melainkan berat statik, atau sembelit, baru la tukar susu. kalau rasa anak sesuai dgn susu tu takyah tukar. walaupun family sendiri, pedulikan je apa dia kata. masuk kanan keluar kiri. apa yg baik kita dengar, yg tak elok kita abaikan. yg penting jgn stress sgt ok

Baca lagi