MACAM MANA NAK TAHU BABY OKAY?

Assalamualaikum ibu - ibu semua. Saya first time mommy. Saya ada soalan. Selalunya selepas makan perut saya akan keras, mungkin sebab makan banyak/ kenyang. Tapi bila saya berpuasa dan telah berbuka. Perut saya tidak keras seperti saya makan sebelum ini. Saya makan seperti biasa. Menambah dan minum air 2 gelas (seperti normal berbuka sebab dahaga dan lapar 😂). Adakah baby saya okay ye? Sebab perut lembik dan tak keras. Macam2 di fikiran. Saya belum check di klinik lagi. Saya ingin tanya ibu2 yang pernah alami situasi seperti ini. Saya risau kerana saya masih belum ada pergerakan baby. Saya tak sakit perut atau alami simptom seperti yang dinyatakan di google jika janin bermasalah. Selama sy berpuasa juga saya tak alami simptom muntah /pening dan lain2 . Cuma perut berbunyi lapar seperti biasa sahaja. Itu pun awal pagi atau sebelah ptg mcm tu. Puasa pertama okay je. Lepas berbuka perut keras sebab kenyang. Tapi hari kedua berbuka macam tak keras. Risau janin tu okay ke tak. Saya pun tak tahu macammana nak check jika ad pergerakan / degup jantung baby. Sekarang saya baru 16 minggu. Semoga ada yang menjawab soalan saya. #ingintahu #firstmom #SeriusTanya #bantujawab

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumusalam Pn.Same mcm sy sebelum ni,sy dlm trimester 2,nk puasa tp hati risau fikirkn bby.Jd was2 nk puasa.Lastly,sy pegi klinik dptkn consult dr dn scan.Alhamdulillah,bile dpt tahu bby ok dn boleh berpuasa mcm biase(same mcm Pn rse diri ni ok whole day),in shaa Allah bby should be ok😊 bru lh tenang nk berpuasa.Appun,tc yer Pn.

Baca lagi
8mo ago

Terima kasih atas maklumbalas puan.

TapFluencer

Nak tahu kandungan OK, memang buat pemeriksaan dgn doktor.