Suami curang semasa pregnant

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Post ini hanya sekadar luahan dan saya perlukan sokongan dari ibu-ibu. Ni first time pregnancy saya, saya seorang yang ada badan sebelum pregnant, rajin workout untuk jaga badan. Berat saya naik mendadak semasa pregnant menyebabkan saya rasa lebih insecure tambah pula timbul bintik merah pada badan. Dugaan saya bertambah hebat bila saya hilang kerja masa pregnant. Banyak dah apply kerja tapi tak dapat. Saya hilang semangat, komitmen saya bukan sikit, gaji previous besar. Saya banyak termenung. Tak cukup dengan tu, suami saya kantoi main omi dengan tinder. Luluh hati saya. Suami janji tak buat lagi. Saya terima maaf dia tapi saya jadi paranoid. Saya fikir mungkin ini semua ujian dari Allah SWT. Saya kuatkan diri untuk anak. Saya cuba dapatkan balik kekuatan saya demi rumah tangga saya. Tapi kadang tu saya menangis, saya salahkan keadaan saya. Saya perlukan kata-kata semangat dari ibu sekalian.

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pun dugaan kerja takda. saya single mom. sewasemua nak kena bayar. due bulan 7. barang baby satu pun belum prepare. banyakkan doa sis .

hi , kalau awak perlukan kawan untuk meluahkan .. saya boleh jadi kawan dengar ☺️