Cara tukar dan bersihkan pampers baby untuk first time mommies

Assalamualaikum dan selamat sejahtera mommies! Nak share cara yang betul dan bersih untuk mommies terutamanya first time mommies mcm mana nak bersihkan pampers baby. Saya belajar masa pergi parenting class dari pakar. Jadi saya nak share untuk semua juga. Untuk newborn 👶 saya sarankan pakai pampers cotton dari yang gel quick dry. Contoh brand cotton dari mahal hingga murah- applecrumby/mamypoko/molfix. Sebab kulit baby baru lahir lembut dan masih nak adjust kepada heat in pampers. Sebelum buka pampers sediakan siap siap: Baby wetwipes Cotton balls basah dalam 3-5 Pampers baru Plastic kecil untuk poo baby Untuk bersihkan dari kencing atau poo poo baby, Mommies boleh guna baby wet wipes dulu. Tak kisah brand apa ya. Bagi saya,brand Fiffy best sebab dia watery jadi senang nak lap. Boleh buka kan dulu dalam 3 keping sebelum buka pampers supaya senang nanti. Dah lap bersih, wet wipes yang dah guna tu boleh letak dalam pampers baby tutup taik atau kencing dia sementara nak lap dengan cotton balls basah. PENTING untuk bersihkan balik dengan air/cotton balls basah dan bukan hanya wetwipes ya. Boleh cepat dapat ruam. Saya suka perahkan dulu air cotton ball ke bahagian yang nak dibersihkan, baru lap guna cotton balls tu. Ibaratkan kita sedang basuh selepas membuang 😉 dan wetwipes tu seperti tisu dan sabun. Dah bersihkan dgn cotton balls yang basah, boleh buang dalam pampers dah guna tadi dan baru tarik dan lipatkan pampers. Lap bagi kering baby dan baru sapukan sedikit baby oil di bontot dan peha. Untuk elakan taik kering/ ruam atau bekas getah pampers. Bila dah pakaikan baby pampers, Jangan lupa tarik ke arah keluar getah di bahagian celah peha baby. Ini yang selalu jadi bocor sebab lupa buat. Okay dah siap! Boleh dah sapu minyak TYT di perut baby. Semoga bermanfaat ❤️ #firstmom #ingintahu #firstbaby #bantusharing

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

thank you sharing sis 😊