Jom support bersama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap semua dalam keadaan yang sihat dan terbaik. Saya disini ingin membuat sesi luahan sikit agar kita sama2 dapat beringat. Saya telah menjadi pengguna apps ni dari 2018/2019. Apps ni banyak membantu saya kongsi bersama orang lain pengalaman saya melalui soal jawab. Namun tahun ini saya perhatikan rata2 pengguna 2023 agak kasar dari segi memberi pendapat kepada yang bertanya berbanding tahun2 lepas. Saya harap sangat dalam ni kita dapat support sesama kita dan berfikir panjang sebelum menjawab soalan orang yang bertanya. Soalan dia mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak tapi kadang orang memang betul2 tak tahu dan risau fikirkan apa yang dialami. Jadi saya rasa jawapan seperti "Tak faham la kenapalah nak tanya disini. P la terus hosp check" dari sesetengah pihak yang bagi saya agak kasar ya. Walaupun soalan itu bukan saya yang post. Mungkin orang yang bertanya tu tengah anxiety sangat2 sambil dalam perjalanan jumpa doc jadi dia tanya disini. Kita sepatutnya bantu tenangkan dia bukan buat dia lagi resah. Please la minta sangat kita sama2 ada empathy untuk semua disini. Fikir dulu apa dia akan rasa jika dia baca. Jika tak boleh bantu jangan comment langsung. Disini pun dah ada pop up untuk kita menjaga perasaan orang lain setiap kali membalas. Disini pula kebanyakkan ada yang mengandung yang mudah emosi ketika membaca. Message yang kita tulis pula tidak dapat dibaca dengan nada yang cuba disampaikan oleh penulis, jadi ianya senang disalah ertikan. Saya tengok rata2 yang balas comment2 macam ni semua balas anonymously. Jadi disitu anda sendiri sedar yang mungkin apa yang anda balas boleh sakitkan hati si pembaca jadi anda taknak dia kenal anda siapa. Jadi lebih baik tidak membalas jika tak dapat nasihat dengan baik dan tak pasti. Saya minta maaf jika post saya ada membuat sesiapa terasa tapi saya cuma nak jadikan peringatan bukan saja pada yang lain tapi pada diri sendiri juga. Lets support each other. We need one another. Sebab itu juga kita bertanya dan menolong orang menjawab. Terima kasih membaca sehingga habis. Sekian. Have a nice day :) #nonegativity #letsbeempathic

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bukan nk kata apa lah saya pernah juga stalk yg mulut2 laser ni yg terkomen tanpa hide profile. Orang2 lama juga sis. Yg post2 & komen dia kt history profile boleh nampak 2 3 years ago. Yelah faham dah terpaling banyak makan garam sgt lah tuuu kan tu yg komen pun belittle new mommies 🤭

2y ago

ya la kan sepatutnya tak boleh la nak marah orang. sebab kadanh kita tak tau dia tengah lalui apa. tengah anxiety ka apa. rasanya ramai sini semua tanya soalan dengan harapan ada orang boleh bagi good news or comfort. contoh tak semua orang yang mengalami pendarahan keguguran. ada yang baby survive tapi risiko la kan. tak salah kita advise dia pergi jumpa doc. tapi at the same time cuba kita bagi kata semangat ka kan. but entahlah. dulu saya macam tak berapa nampak orang respon sebegitu lantang. kali ni macam tengok rata2 orang mcm tu ya. saya kesiankan pada orang yang terima jawapan2 macam tu. mesti dia lagi sedih lagi risau. 🥲