Bersalin swasta or gov ?
Assalamualaikum, boleh share pengalaman masing2 bersalin kat swasta & kerajaan ? Kalau swasta, KPJ or pantai hospital better? Thanks ❤️❤️❤️

Jika ada bajet lebih, dan tiada komplikasi yg perlu rujuk ke pakar hospital kerajaan, boleh je pilih swasta yg lebih selesa. Pilih hospital rakan bayi jika dah set in mind nak susukan anak dgn susu ibu sepenuhnya. Ambik juga kelas antenatal. Mcm saya, pilih hospital kerajaan sbb banyak lg keperluan lain yg kami belanjakan. Hospital yg kami pilih pun dah diiktiraf sbg hospital rakan bayi dan kepakarannya pelbagai bidang. Ada GDM, memanglah kami pilih hospital kerajaan yg details bab penjagaan BSP ni. Kelas antenatal pun saya daftar di hospital yg sama. Nurse laktasi dari hospital tu yg bg ceramah penyusuan susu ibu di hospital swasta berdekatan. Masa di kelas antenatal ketua wad bersalin dah sebut awal, waktu saya bersalin nanti bukan musim orang bersalin. Baru tau ada musim bersalin. 😅 Wad penuh tu sebab musim orang bersalin la tu. Dan betul, tak ramai yg bersalin waktu tu. Saya stay di wad 6 hari 5 malam sbb induce dan baby kena pantau di wad SCN dlm tempoh 24 jam sbb saya ibu GDM on medication. Wad kelas 3 ada 6 katil kongsi bilik air. 1 katil 1 kipas, selesa bagi saya, ada kerusi dan locker dan meja berlaci. Sister wad nak pindahkan sy ke kelas 2 ada air cond sy tolak dgn alasan saya ada sinus, alahan dgn air cond. Jiran katil pun ok baik hati, kerjasama dan bantu saya yg 1st mom. Ada teman borak. Nurse & guard pun ok tolong bawa kan beg, nurse pimpin saya ke bilik air, buangkan pad, teman hingga saya selesai dlm bilik air selepas bersalin. Nurse pun ajar cara PENYUSUAN & uruskan bayi dgn betul. Makanan OK. Saya plan dgn husband, bila doktor bg signal sy ke LR, sy akan call dia, dan dia mula cuti hari tu sbb sy nak dia cuti lama teman saya semasa postnatal. Sbb saya bersalin selepas 20 hari endamik, prosedur suami teman di LR ketat. Kena buat C19 test dan keluar masuk LR 3 kali shj. So, rancanglah masa suami nak makan solat bagai. Gitulah.. Nak discaj, dapatlah 2 goodies bag drpd hospital. Pengalaman di HTJS. 🥰
Baca lagi
21 weeks now