Saya baru tahu ada cyst masa buat tvs, macam mana ya journey mommy. Apa kena buat?

Assalamualaikum, ada tak mommy yg ada pengalaman ada cyst masa pregnant? Okay tak sepanjang pregnancy? Saya buat tvs utk early scan lepastu tahu2 ada cyst beso 2.6cm centu. Ni dah 7 weeks plus, saya ada spotting darah. Apa pendapat mommy semua?

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali. Makanan yg di galakkan> Ikan laut seperti bawal emas, kembong& selar> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.> Sayuran - kobis,brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll> Buah-buahan - Nenas & betik> Ubi kayu> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlmsup utk di jadikan miso sup)> Teh hijau Makanan yg harus di elakkan> Daging merah (kambing & lembu)> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)> Produk tenusu seperti keju> Ikanharuan> Gamat> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.> Makanan manis - kuit muihmanis & pencuci mulut> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segeradll> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.> Makanan berlemak/ berminyak-soya(air soya,kicap)-produk yg ada kolegen, evening primrose oil

Baca lagi

saya Ada pengalaman mempunyai cyst sewaktu mengandung 11minggu.. sebelum buka buku pink lg. left ovarian cyst waktu mula 6cm. Klinik kesihatan buat pemantauan berkala utk monitor saiz cyst membesar atau tidak. Dalam kes sy, cyst Tu growing. so klinik kesihatan buat appointment utk jumpa pakar time 16weeks. finally during 20weeks, sy remove cyst. tp trpaksa buat operation belah perut secara menegak. tak boleh buat melintang mcm Caesar sbb kandungan dh Naik area pusat. alhamdulillah pemulihan post operation ambil masa 5minggu. sehingga sekarang kandungan selamat, dh 31weeks. Pihak doktor biasa Akan pantau. saiz cyst yg membesar Akan menggangu pembesaran baby. tp 16weeks keatas doktor mklumkan kandungan dh stabil, kurg risikon sekiranya perlu buat pembedahan. apa2 pun semoga Puan kekal tenant Dan dapatkan nasihat doktor.

Baca lagi
3mo ago

tak de pun.. alhamdulillah

Pengalaman saya 3 tahun lpas semasa pregnantkan anak sulung around 9 weeks, perut saya sakit sgt2 selama 2 hari dan demam panas. Bila ke klinik scan baru dpt tau ada cyst 7cm. Doctor bt surat refer ke hospital dan terus kena buat emergency operation utk remove cyst tu. Tp sebelum operate doctor dh brief pasal peluang utk kandungan selamat 50/50 since sy kena full bius and sgt berisiko utk kndungan since baru 9 weeks masa tu. Tp alhamdulillah after operation tu semua ok and kandungan pun selamat. #leftinfectedovariancyst

Baca lagi

Saya pun dpt tahu saya ada cyst waktu hamil 6 minggu (luar uterus). Tapi doktor kata dlm kebanyakan kes, cyst itu akan mengecil bila bayi semakin membesar. Doktor pesan juga kalau rasa sakit sangat atau ada pendarahan, perlu jumpa doktor dgn segera.

Hi awak,, sekiranya cyst tu masih saiz kecil dianggap normal dan dia akan mengecut sendiri,, tetapi kalau cyst sis dah melebihi 5cm kebanyakan dr klinik akan rujuk terus ke hospital. Saya operate cyst pada bulan 7 haritu, pregnant 2/3 bulan waktu tu

Hi awak. Sy pn ada cyst 4 cm dah. Tpi kata doc normal ja. Sebab klu kandungan awl kdng ada cyst kdng tda. Tpi doc kata klu tngk dri scan cyst sy smooth ja tda tanda2 cancer katanya. Kebanyakan ibu mengandung ada cyst untuk permulan kata doc.

3mo ago

ya betul tu

sy dpt tahu ade cyst dgn fibroid mse 8 mnggu.. trus doc repeat sy bhg o&g sbb saiz cyst sy 6×6 dan fibroid sy 4×3 something mcmtu.. sy trus di pantau dgn appt doc pakar smpai kdungan 29w dan alhamdullilah cyst da xde. fibroid makin mngecil.

3mo ago

ade mse mula2 dpt tahu ade cyst sbb sy ckp ade spotting warne coklat.. tp doc ckp mgkin tu darah penempelan. alhamdullilah spjg preggy ni xde pendarahan. inshaaAllah awak xde ape2.. saiz kecil tu boleh dipantau lagi2. cme kurangkan pmkanan yg boleh buat cyst smakin besar. nnt doc akn scan utk monitor saiznya. kalau smkin besar.. doc akn buat surat refer ke bhg pakar O&G.

saya pulak ada ovarian fibroid.. now 12 weeks dah.. size fibroid 10x8 cm.. dari start tau pregnant ada bleeding.. 14/10 ni baru jumpa pakar o&g.. so far baby alhamdulillah ok . sis dah buka buku pink ke?

3mo ago

ohh yeke.. saya doakan sis kuat dan in shaa Allah akan dapat baby lagi dalam masa terdekat.. aamiinnn.. terima kasih doanya untuk saya dah baby 🥰

Saya pon awl2 ada cyct 7-8 week . Saya makan cam biasa je .. saya 2.4 .. dh 5-6 bulan sy cek cyst dah takde .. kalau bole jgn mkn ikan keli dia aktif kn cyst .. ada je lain2 mknn kne jaga

saya awal bukak buku pink pun ade 2 ovarian cyst 2cm dgn 3cm ,doc kata kecik je ,tak bhaya ,dia pantau nnti stiap kali cx up monitor ,lama2 dia hilang sndiri sbb baby dah besar dlm perut

3mo ago

28 weeks ,takde bleeding