Potty training

Assalamuakaikum dan selamat sejahtera.Saya sedang melatih anak saya yg berumur 2 thun 9 bln potty training pada minggu ini. Pada 2 hari pertama saya pakaikan seluar dalam latihan tetapi setiap 45 minit skli saya bawa ke tandas dia tidak buang air tetapi selepas dia minum air yang banyak saya akan bawa 30 minit skli.Anak saya tetap tidak buang air walaupun saya bawa ke tandas tetapi selepas 10@15minit,dia akan buang air di dalam seluar dalamnya di tempat permainan. Hari seterusnya,saya pakaikan seluar dalam biasa dan perkara yang sama tetap berlaku walaupun saya ulang pada anak saya tempat untuk buang air di mana dan bawa dia ke tandas setiap 30 atau 45 minit bergantung kekerapan dia minum air. Anak saya tetap buang air di tempat mainan bukan terus ke tandas,apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu berhentikan dulu latihan potty training kerana anak saya masih belum pandai mencari tandas apabila terasa nak buang air? Atau adakah saya perlu sentiasa perkenalkan tandas dahulu kepada anak saya?

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Cuba masa bawa ke toilet tu pasangkan air pipe supaya bila nampak air tu dia ada rasa nak terkencing

5y ago

Aiyoo . Saya pun tak pernah train anak . Tapi saya rasa parents lain akan teruskan juga . Maybe dia tak kencing sebab still rasa janggal kat toilet .