Uri Di Bawah

Assalammualikum ? Sy skrng prgnant 20minggu , tadi pigi klinik scan , dr cakap uri sy dekat bawah . Dia suruh jumpa lagi time kndungan sy 28minggu untuk tngok semula uri naik atau tak . Balik ja dari klinik sy takut sangat , boleh ke uri naik lagi ? apa cara2 dia ? boleh share tak pengalaman kotang 🥺

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya share la ya melalui coaching yang saya join.. Masih terlalu awal untuk kata uri rendah sebab janin masih belum besar.. Sis janganlah takut sangat.. Apa yang perlu sis buat sekarang adalah 1st sekali kena urus emosi dengan baik. Keduanya sis kena ambil makanan yang toyyib. Tahukan makanan yang toyyib camna iaitu makanan yang baik. Makanan yang toyyib hanya ada dalam real food sahaja sebab dalam real food sahaja yang ada nutrisi yang baik. Fast food, junkfood, fakefood n process food semua tak ok jadi elakkan.. Bila pemakanan sis dah jaga, InshaAllah, janin membesar bersama uri tu dan janin tu nanti akan menolak uri ke atas.. Jadi jangan takut ya sis.. Bila sis takut, tu yg akan ganggu emosi sis sendiri.. Jadi cuba kawal balik rasa takut tu.. Tambahan, masa hamil ni sebenarnya tiada istilah banyakkan berehat ya kalau sis betul betul nak kehamilan dan kelahiran bayi dipermudahkan. Sis kena rajin bergerak aktif. Semasa solat pun elakkan solat duduk, kena rajin bergerak solat macam biasa tapi tak perlulah laju laju. Sebab pergerakan dalam solat lah sebenarnya antara pergerakan yang terbaik. Dan banyakkan juga bersujud.. Dalam sujud terakhir tu jangan la sujud kosong ja, mohon doa pada Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Sebab apa apa pun semua balik pada Allah juga kan..

Baca lagi
5y ago

Ya Allah , sngat bermanfaat ❤️ Alhamdulillah , terima kasih share tau 🥰❤️ semoga kita semua dipermudahkan sgala urusan . Amin ❤️